Pelakon Zulin Aziz menerusi satu hantaran di Instagram ada meluahkan rasa kesal apabila mengenangkan sikap sesetengah pensohor media sosial dan selebriti terkenal memilih untuk berdiam diri di sebalik konflik peperangan antaran Zionis dan rakyat Palestin.
Namun begitu, Zulin juga merasakan bahawa seseorang itu tidak boleh diandai tidak menyokong Palestin hanya kerana tidak memuat naik sebarang ‘post’ di media sosial.
Memang lain orang lain cara. Tak post tak bermakna tak sokong dik. Yang berdoa, yang membuat sumbangan secara senyap pun sokong, Allah saja yang tahu. Betul lah tu.
Tambahnya lagi, mereka yang mempunyai pengikut media sosial yang ramai sepatutnya menggunakan pengaruh yang ada untuk menunjukkan ‘awareness’ mengenai apa yang terjadi di negara Palestin pada ketika ini.
Tapi minta jasa baik awak-awak yang ada pengikut banyak itu sebarkan. Sebab awak-awak ini ada banyak pengikut. Awak banyak pengikut dan berpengaruh dik.
Bukan suruh tunjuk awak buat sumbangan dan tunjuk pada satu dunia awak bagi sumbangan. Ini bukan kes nak menunjuk, mampu atau tak mampu. Tetapi kita minta awak muat naik pasal Palestin sebab di luar sana tu macam-macam Israerl ni buat fitnah.
Zulin membuat hantaran demikian sebagai respon balas mengenai dakwaan netizen yang merasakan selebriti yang seakan malu menyokong Palestin di media sosial.
“Kita tak mampu pergi perang, tetapi di media sosial ini pun kita boleh bantu. Kita boleh jadi askar di media sosial untuk sebarkan kebenaran. Kita boleh berdiam sebab dalam diam, dalam doa kita bantu., betul. Tapi kalau kita ada kelebihan apa salahnya kita sebarkan melalui media ni” tulisnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.