Baru-baru ini, pelakon sensasi, Fattah Amin tampil mencuri tumpuan ramai apabila dia mengeluarkan jenama ‘Tudung Azizah’ bersama ibu dan adik-adiknya di TikTok.
Difahamkan, nama tudung itu diambil sempena nama ibunya, Azizah Abdul Ghani yang turut menjadi model di siaran langsung berkenaan.
Bukan sahaja ibu, adik beradik Fattah iaitu Intan dan Raihan turut terlibat sama dalam usaha mempromosikan jenama tudung terbaru itu.
Kita jual bidang 50′ sebab ‘tagline’ kita apa ibu? #yangpentingtutupauratdengansempurna.
Kita tak jual bidang pendek sebab ibu dan adik-adik saya pakai tudung labuh. Selain itu, ramai juga yang minta saya keluarkan tudung saiz ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya peminat aktor itu turut berasa teruja selain tertarik dengan gaya bersahaja keluarga Fattah ketika menjual tudung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.