“Kita Tak Dilahirkan Sempurna” – Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Pendorong

Hiburan

“Kita Tak Dilahirkan Sempurna” – Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Pendorong

Kumpulan lelaki tempatan yang semakin mendapat perhatian, Alpha, mengakui mereka masih di awal perjalanan seni dan menyedari jurang besar antara industri K-Pop dan M-Pop. Dalam satu video TikTok, Ariel, selaku juara Big Stage dan ahli Alpha, berkata mereka melihat perbandingan itu sebagai satu cabaran.

Kalau orang bandingkan K-Pop dan M-Pop, memang terlalu jauh sebenarnya… Tapi kalau semangat kami kuat dan kami bertahan lama dalam industri, saya percaya kita boleh capai tahap seperti K-Pop… Memang bukan sekarang, tapi kami dalam perjalanan ke arah itu.

alpha

Sementara itu, ketua kumpulan, Daniel Sher, menjelaskan antara sebab peminat menyokong mereka adalah kerana hubungan erat sesama ahli serta perkembangan mereka yang boleh dilihat dari semasa ke semasa.

Ramai orang suka tengok cara kami membesar, cara kami saling menyokong antara satu sama lain… Kita semua manusia, kita tak dilahirkan sempurna. Kita akan berkembang dari masa ke masa.

Advertisement

Mereka turut menyuarakan harapan untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

mechamato digilai generasi alpha jepun
2025-05-07 15:53:54

Luar Biasa Dan Mengagumkan, Generasi Alpha Di Jepun Pandang Tinggi Animasi 'Mechamato' Dari Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...