Tidak terkesan dengan kritikan daripada para netizen, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tenang membalas komen-komen yang mengatakan dirinya layak tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Kata penyanyi ini, selagi juri-juri yang bertanggungjawab dalam pertandingan tersebut merasa dirinya masih layak berdiri bersama barisan peserta yang lain, selagi itu lah Aliff akan terus berusaha menjadi yang terbaik.
Kita tak boleh nak merayu semua orang. Saya harap yang tinggalkan komen tu hati-hati lah.
Kalau benda tu melambatkan proses di akhirat nanti apa guna?
View this post on Instagram
Tambahan pula, penyanyi lagu Sandar Padaku ini juga akui dirinya tidak pernah membaca sebarang komen yang dimuat naik demi menjaga kesihatan mentalnya. Baginya, kenyataan sebegitu dapat memudaratkan persembahannya yang akan datang jika terlalu difikirkan.
Terdahulu, netizen ramai yang mempersoal mengapa Aliff Aziz masih bertanding walhal persembahannya tidak lah begitu menarik jika dibandingkan dengan yang lain. Timbul juga spekulasi bahawa penyanyi ini merupakan ‘anak emas’ kepada juri-juri.
Selain itu, kami kongiskan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.