“Kita Tak Boleh Kawal..” – Dilabel ‘Hero Lembut’, Hael Husaini Jadikan Komen Netizen Sebagai Pengajaran

Hiburan

“Kita Tak Boleh Kawal..” – Dilabel ‘Hero Lembut’, Hael Husaini Jadikan Komen Netizen Sebagai Pengajaran

Melalui temubual bersama pihak Harian Metro, penyanyi serta pelakon, Hael Husaini berkata dia mengambil segala komen-komen netizen sebagai satu perkara yang positif, lagi-lagi berkenaan lakonannya dalam drama terbaru, My Famous Ex Boyfriend.

Hael berkata ada saja penonton yang melabelnya sebagai ‘hero lembut’ tetapi dia akui hal itu tidak boleh dikawal dan mengambil nya sebagai pengajaran.

Advertisement

Kita tak boleh nak kawal orang untuk cakap dan komen apa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Kata penyanyi lagu Jampi itu, sebagai selebriti dan pelakon baru dalam industri, dia perlu siap sedia menerima segala komen daripada penonton, tidak kira jika komen itu negatif atau positif.

Mengulas lanjut berkenaan wataknya dalam drama itu sebagai Harque Zuhal, Hael akui perlu turunkan berat badan daripada 57 kilogram menjadi 50 kilogram sahaja.

Sekadar info, drama My Famous Ex Boyfriend merupakan daripada adaptasi sebuah novel dan ia diarahkan oleh Hadith Omar.

hael husaini berlakon
7 months ago

"Saya Sanggup Jalani Kelas Lakonan" - Nak Cuba Bidang Baru, Hael Husaini Kini Jadi Pelakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...