“Kita Tahu Awak Sangat Kuat..” – Ubai Tak Dapat Tahan Sebak Bergambar Dengan Foto Ibu Ketika Di Majlis Akad Nikah

Hiburan

“Kita Tahu Awak Sangat Kuat..” – Ubai Tak Dapat Tahan Sebak Bergambar Dengan Foto Ibu Ketika Di Majlis Akad Nikah

Perkahwinan yang dinanti-nanti antara penyanyi Shila Amzah dan jejaka pilihan, pensohor media sosial Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz dan majlis akad nikah sederhana tetapi meriah itu diadakan di sebuah hotel bertempat di ibu kota.

Advertisement
UbaiSumber : Youtube  

Shila amzah ubai akad nikah
1 year ago

(FOTO) Ubai Dan Shila Amzah Disatukan Dengan Sekali Lafaz, Tampil Cantik Berseri & Tenang Di Hari Bahagia

Namun, apa yang mencuri tumpuan pada hari bersejarah pasangan kedua mempelai ini adalah apabila Ubai dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika sesi bergambar bersama foto ibu tersayang, Rohani Jamal.

Menerusi video ‘live’ majlis akad nikah itu, Ubai yang mengalirkan air mata mungkin terkenangkan ibu kesayangan itu ditenangkan oleh isteri, Shila Amzah.

Foto UbaiSumber : Youtube  
Foto ubaiSumber : Youtube  

Foto ubai

Malah, Shila juga turut sama-sama mengelap pipi akibat dibasahi air mata ketika sesi bergambar itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut meninggalkan komen berbaur sedih dan mendoakan agar Ubai tetap kuat dan terus gembira dan bahagia kerana sudah mempunyai pasangan hidup untuk menemaninya selepas ini.

Sekadar info, ibu Ubai, Allahyarhamah Rohani Jamal telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Ahad, 30 Julai jam 6.45 petang akibat penyakit kanser.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...