“Kita Sokong Datuk Red..” – Adira Suhaimi Terima Pujian, Baik Hati Tolong Promosi Biskut Raya Suami

Hiburan

“Kita Sokong Datuk Red..” – Adira Suhaimi Terima Pujian, Baik Hati Tolong Promosi Biskut Raya Suami

Seperti yang ramai sedia tahu, penyanyi popular, Adira Suhaimi bertegas ingin berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu dan tidak akan berubah hati setakat ini. Namun begitu, Adira kelihatan masih memberi sokongan terhadap suaminya yang kini menjual biskut raya.

Promosi bisnis Datuk Red

Baru-baru ini, Adira terlihat mempromosikan biskut raya jualan Adnan atau lebih mesra digelar Datuk Red itu di akaun peribadi Instagramnya. Bukan itu sahaja, Adira juga tak lupa mengingatkan orang ramai untuk membeli biskut suaminya itu melalui ‘beg kuning’ yang ada.

Advertisement

Kita sokong Datuk Red jual biskut raya. Esok (hari ini) boleh dapat di ‘beg kuning’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Netizen puji

Dalam pada itu, video berdurasi seminit itu telah meraih perhatian netizen yang kagum dengan sikap penyanyi lagu Pujaan Hati itu kerana masih ingin membantu suaminya yang telah diisytiharkan muflis meskipun di ambang perceraian.

Terbaik la walaupun hadapi dugaan bercerai tapi tetap support suami dan tak memburukkan pasangan.

 

Suka lah tengok Adira support suaminya. Biarlah masa lepas tu jadi pengajaran. Kasi peluang dia mahu mula hidup semula.

igSumber : Instagram  

Malah, dalam hantaran yang sama, Adira sempat berseloroh memuji Datuk Red dengan berkata suaminya itu masih kacak dimatanya.

Sebelum ini, Datuk Red tampil mendedahkan dirinya sudah lima tahun ditanggung oleh kedua isterinya sejak disahkan muflis dan sukar mendapatkan pekerjaan.

datuk red
9 months ago

"Dari Sekolah Cita-Cita Nak Kahwin Dua" - Mengaku Diri Pencinta Wanita, Video Lama 'Interview' Datuk Red Tular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...