Difahamkan dari laporan Harian Metro, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman memberi nasihat agar rakyat Malaysia tidak meletakkan label ‘type M, C, I’ untuk setiap bangsa.
Kata Abdul Halim, kekuatan negara ini merupakan kepelbagaian, bersatu pada sesama sendiri dan harmoni sehingga disegani ramai.
Bagi saya kita semua rakyat Malaysia yang majmuk. Apa tujuan kita menggelar masyarakat dengan menggunakan label seumpama itu kerana ia umpama memperlekehkan.
Dalam pada itu, Senator tersebut berpendapat jika timbulnya isu perkauma, Kementerian Perpaduan harus cepat mengatasinya dan tidak tunggu isu berkenaan menjadi serius.
Kita khuatir peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 berulang kerana isu yang timbul dan jangan ia dibiarkan. Kita seharusnya memikirkan masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia terutama generasi akan datang.