“Kita Sambung Jaga Papa Kat Rumah” – Lebih 2 Minggu Bertarung Nyawa, Anggota FRU Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Trending

“Kita Sambung Jaga Papa Kat Rumah” – Lebih 2 Minggu Bertarung Nyawa, Anggota FRU Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Selepas lebih dua minggu berharap dan berdoa, anggota FRU yang cedera parah akibat kemalangan melibatkan lori muatan batu kerikil di Teluk Intan, Koperal Syed Isfan Syed Mohammad kini kembali ke pangkuan keluarga.

Berita gembira itu dikongsikan isterinya, Rasidah Suhada Zulkifli, 32, menerusi hantaran di Facebook semalam ketika menyambut kepulangan suaminya.

Advertisement

Alhamdulillah papa dah balik. Kita sama sama sambung jaga papa dekat rumah pula.

Menerusi video itu, Syed Isfan dilihat dibawa keluar dari ambulan dan ditolak masuk ke dalam rumahnya oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam menggunakan pengusung.

Sejak kemalangan itu beberapa minggu yang lalu, keluarga menantikan perkembangan Syed Isfan dengan tiada kepastian selepas anggota FRU itu mengalami kecederaan parah.

Syed Isfan dilaporkan kritikal dan bertarung nyawa akibat kecederaan parah dialaminya termasuklah kerosakan pada paru-paru dan diafragma, kecederaan pada hati dan juga limpa.

keluarga Koperal Syed Isfan anggota FRU kritikal

Anggota berusia 32 tahun itu juga mengalami pelbagai kecederaan patah tulang termasuklah tulang rusuk, kaki dan juga pinggul.

Terdahulu, Rasidah Suhada turut berkongsi Facebook bahawa suaminya telah menjalani tiga pembedahan sepanjang berada di hospital.

 

1 month ago

"Kami Bertindih-Tindih, Rakan-Rakan Longlai Tak Bersuara" - Koperal Kongsi Detik Selepas Nahas FRU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...