Boleh dikatakan setiap individu yang berada dalam dunia ini mengimpikan pasangan untuk hidup bersama-sama hingga ke akhir hayat. Namun, ada juga yang tidak memikirkan hal terbabit.
Tidak semua mempunyai impian seperti itu, tetapi sering tertekan akibat orang sekeliling selalu ‘memaksa’ untuk mendirikan rumah tangga jika sudah capai umur yang sesuai untuk berkahwin.
Satu video yang dimuat naik oleh seorang wanita di platform TikTok, dia ada memesan kepada orang ramai untuk tidak kahwin terlalu awal.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut berkata perkahwinan bukanlah satu pertandingan, dimana setiap orang perlu berlumba-lumba untuk berkahwin dahulu serta menjadikan ia sebagai trend.
Perkongsiaannya itu mendapat sambutan hangat daripada kalangan netizen dan rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
Biarpun ramai yang bersetuju, tetapi mereka juga ada yang meluahkan rasa ‘tertekan’ dengan paksaan orang sekeliling yang akan pertikaikan status perkahwinan mereka jika tidak mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.