“Kita Ni Islam..” -Disamakan Dengan ‘Dajjal’, Baju Aina Abdul Undang Kritikan Netizen

Hiburan

“Kita Ni Islam..” -Disamakan Dengan ‘Dajjal’, Baju Aina Abdul Undang Kritikan Netizen

Penyanyi berbakat dan bersuara lunak, Aina Abdul baru-baru ini telah menjayakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 bersama peminat dan telah menerima pujian kerana persembahannya yang sangat berprestij dan memukau.

Terkenal dengan gaya dan fesyen yang unik, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila dia ada memuat nai beberapa busana yang dipakai pada malam konsert itu.

Advertisement

Ini berikutan satu ‘dress’ yang dipakainya pada malam pertama konsert telah mengundang pelbagai reaksi peminat dan juga netizen.

Aina dilihat memuat naik foto memaparkan dia menggayakan satu persalinan hitam bersama untaian rambut hasil rekaan pereka fesyen Melinda Looi.

Tampil umpama watak ‘Magnificient’, Aina menerima tempias kata-kata netizen yang merasakan busana itu tidak sesuai untuk digayakan wanita muslim.

Malah, ada juga yang menyamakan penampilan Aina pada malam itu seperti ‘Dajjal’.

Cuba berpakaian yang cantik. Kita ni Islam. Tu je nak cakap.

Selain itu, netizen merasakan penyanyi lagu Semalam itu seperti mangsa fesyen dan ada yang memintanya untuk berpakaian ‘pelik’.

Namun, gaya Aina Abdul malam itu turut dipuji kerana baju tersebut kelihatan unik dan menampilkan konsep yang berbeza serta lain daripada yang lain.

aina abdul macam 'sister'
3 bulan lalu

"Saya Hanya 'Appreciate' Fesyen" - Pakaian Dituduh Seperti 'Sister' Gereja, Aina Abdul Enggan Besarkan Isu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    June 29, 2022 at 12:30 pm

    just weird

  2. julajulibintang3

    June 28, 2022 at 12:45 pm

    aina cakap baju ni penuh dgn rambut sebenar…klu aku, mmg tak pakailah..sbbnye ntah rambut sape2 la yg dijadikan baju..geli dan takut aku nk pakai..kot2 rambut manusia yg dh mati ker…ishhh…seram…

    • Anonymous

      June 28, 2022 at 6:30 pm

      tak silap dia ckp rambut dia sndr. aku pun terpikir, bkn aurat ke?

  3. Anonymous

    June 28, 2022 at 11:57 am

    ni pakai pelik2 ni sebab nak cover muka tak seberapa ke? tak cukup confident ke dengan bakat sendiri sampai nak pakai pelik2 ni?

    • CIk ikan

      June 29, 2022 at 8:52 am

      setuju… yakinlah dengan bakat bukan setiap kali muncul cuba cari perhatian mcm ni…apa function pkai tudung kalau guna rambut org mati (mmg ada jual di pasaran byk dari negara asia terutama India) rambut yg dipakai pulak menutup tudung n seolah2 rambut dia sendiri…dulu minat skrg entahlah sedih…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...