Penyanyi berbakat dan bersuara lunak, Aina Abdul baru-baru ini telah menjayakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 bersama peminat dan telah menerima pujian kerana persembahannya yang sangat berprestij dan memukau.
Terkenal dengan gaya dan fesyen yang unik, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila dia ada memuat nai beberapa busana yang dipakai pada malam konsert itu.
Ini berikutan satu ‘dress’ yang dipakainya pada malam pertama konsert telah mengundang pelbagai reaksi peminat dan juga netizen.
Aina dilihat memuat naik foto memaparkan dia menggayakan satu persalinan hitam bersama untaian rambut hasil rekaan pereka fesyen Melinda Looi.
Tampil umpama watak ‘Magnificient’, Aina menerima tempias kata-kata netizen yang merasakan busana itu tidak sesuai untuk digayakan wanita muslim.
Malah, ada juga yang menyamakan penampilan Aina pada malam itu seperti ‘Dajjal’.
Cuba berpakaian yang cantik. Kita ni Islam. Tu je nak cakap.
Selain itu, netizen merasakan penyanyi lagu Semalam itu seperti mangsa fesyen dan ada yang memintanya untuk berpakaian ‘pelik’.
Namun, gaya Aina Abdul malam itu turut dipuji kerana baju tersebut kelihatan unik dan menampilkan konsep yang berbeza serta lain daripada yang lain.