Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita tidak membayar hutang kontraktor yang mengubah suai rumah mewahnya di London, United Kingdom.
Dakwaan tersebut kemudiannya mendapat perhatian Bonda Rozita dan menerusi akaun Instagramnya, dia telah memberi respon mengenai dakwaan tidak membayar hutang tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik, dia menjelaskan bahawa dia telah pun mengambil tindakan dan meminta orang ramai untuk menunggu tindakan selanjutnya daripada peguamnya di Malaysia dan di London untuk tindakan selanjutnya.
Saya dikatakan tidak membayar hutang kepada kontraktor saya. Kontraktor ke?
Saya taknak ulas lanjut tentang hal ini. Tindakan telah pun diambil, peguam di London dan juga peguam di Malaysia.
Kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya.
View this post on Instagram
Selain itu, dia turut memberitahu bahawa dia tidak pernah lari daripada membuat sebarang pembayaran kepada kilang-kilang yang terlibat dengan perniagaannya dan juga projek Rumah Hutan Bonda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.