Pelakon jelita, Rozita Che Wan tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya terhadap kejelitaan usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila, yang disifatkan jauh lebih menawan apabila dilihat secara berdepan berbanding di media sosial.
Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video TikTok yang memaparkan Nabila bersama sahabat baiknya, Rosix Ahmad, menghadiri makan malam bersama Rozita dan anak lelakinya, Ammar Effendy, di sebuah restoran.
Dalam video berdurasi 24 saat tersebut, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, memuji struktur wajah Nabila yang kecil dan comel secara semula jadi.
Menarik perhatian ramai, Nabila pula secara berseloroh membalas pujian itu dengan satu kenyataan yang mencuit hati:
Kita nak naik pelamin tahun depan.
Untuk makluman, Noor Nabila pertama kali berkahwin pada Julai 2013 namun perkahwinan tersebut berakhir pada 2014.
Kemudian, pada Mac 2017, Nabila bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun mereka disahkan bercerai pada Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia enam tahun.
Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Engku Emran, bekas suami penyanyi dan pelakon Erra Fazira, pada 19 Mac 2021 sebelum berpisah dua tahun kemudian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.