Kita Mungkin Tidak Dapat Pulang Ke Kampung Seperti Biasa Pada Tahun Ini

COVID-19

Kita Mungkin Tidak Dapat Pulang Ke Kampung Seperti Biasa Pada Tahun Ini

Situasi COVID-19 di Malaysia, dan juga di seluruh dunia, kini makin serius dan terdapat banyak perkara yang pastinya berubah pada bulan-bulan yang akan datang.

Tiada lagi Bazar Ramadhan, Tetapi Kementerian Wilayah Persekutuan Telah Memperkenalkan e-Hailing Ramadhan

Advertisement

Solat Terawih di Masjid juga dibatalkan

“Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.” – PM

kredit gempak.com

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara ini ketika sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, semalam.

Baca : (TERKINI) Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April Ini

Perutusan Khas Perdana Menteri

Demi mengawal penularan wabak Covid-19 dari terus menular, kita harus menerima perkara ini walaupun ia merupakan sesuatu yang sukar.

Perdana Menteri turut menambah sesi persekolahan juga akan ditangguhkan sehingga kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih seperti sediakala.

“Ibu bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka.” – PM

kanak-kanak sekolah

Pastinya ini bukan sesuatu yang normal bagi budaya rakyat Malaysia yang secara amnya sangat aktif bersosial.

Tetapi dalam setiap dugaan dan ujian ada hikmahnya. Pengorbanan dan usaha-usaha oleh rakyat Malaysia termasuklah semua frontliners yang bertungkus-lumus untuk memutuskan rantaian COVID-19 pastinya tidak bermakna jika PKP tidak dilanjutkan.

covid-19

Kini kita hampir ke penamat PKP Fasa 2. Walaupun PKP telah dilanjutkan ke Fasa 3, yang hanya akan berakhir pada 28 April, kebanyakan rakyat Malaysia telah berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan lifestyle yang cukup drastik ini.

Bersama kita mematuhi arahan pihak berkuasa supaya kita dapat menurunkan lagi kadar kes baharu COVID-19 di Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...