Pengarah terkenal penuh kontroversi, Syamsul Yusof meluahkan rasa reda berikutan tidak dapat meneruskan penggambaran filem terbarunya, The Original Gangster akibat tragedi yang menimpa salah seorang pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini.
Difahamkan, Hairul mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL) dan telah menjalani pembedahan.
Syamsul dilihat tampil meninggalkan pesanan buat Hairul agar berehat sepenuhnya kerana proses penyembuhan dijangka akan memakan masa selama enam bulan.
Hairul juga ada memohon maaf gara-gara kecederaan yang dialaminya itu telah membuatkan proses penggambaran tertunda buat seketika.
Namun, di dalam lautan doa-doa selamat yang dititipkan rakan artis dan peminat, ada juga yang merasakan ‘gangguan’ dalam kerjaya Syamsul Yusof itu adalah kifarah yang dikirim tuhan kepadanya.
Kata netizen yang bermulut celupar, mungkin itu adalah balasan atas apa yang dilakukan terhadap Puteri Sarah dan anak-anak.
Sekadar info, Syamsul kini sedang sibuk dalam projek terbaru, filem The Original Gangster yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Beto Kusyairy, Rosyam Nor, Shaheizy Sam dan ramai lagi.