“Kita Memang Patuhi SOP Tapi Benda Ni Susah Nak Dijangka” – Jurukamera Rosyam Nor Positif Covid-19

Hiburan

“Kita Memang Patuhi SOP Tapi Benda Ni Susah Nak Dijangka” – Jurukamera Rosyam Nor Positif Covid-19

Pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor memaklumkan jurukamera syarikat penerbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan.

Datuk Rosyam Noor
2 years ago

Datuk Rosyam Noor Anggap Pertandingan Hero Remaja Masih Relevan

Advertisement

Rosyam atau nama lengkapnya Datuk Mohamed Noor Bin Shamsuddin berkata penggambaran membabitkan produksi itu terpaksa dihentikan selama empat hari dan kru yang negatif kembali semula ke lokasi pada Sabtu ini.

Tambah pelakon KL Special Force itu, mereka memang mematuhi segala pematuhan prosedur operasi standard (SOP) namun perkara begini sukar untuk dijangka.

Setiap kali sebelum masuk lokasi, memang semua pelakon dan kru produksi perlu menjalani ujian saringan. Seorang jurukamera saya disahkan positif selepas menjalani ujian saringan.

Namun, Rosyam meluahkan rasa syukur kerana virus itu tidak berjangkit kepada pelakon dan kru lain. Semua sudah menjalani ujian dan keputusannya negatif.

Rosyam Nor

Mengikut syarat yang ditetapkan, kita berhenti penggambaran selama empat hari. Ini adalah langkah yang diambil oleh pihak saya untuk memastikan tiada sesiapa di set penggambaran yang dijangkiti.

Menurut Rosyam, Covid-19 adalah penyakit yang bukan boleh dilihat dengan mata kasar, jadi apa yang boleh difokuskan oleh pihaknya adalah seperti simptom demam dan sebagainya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...