Pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor memaklumkan jurukamera syarikat penerbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan.
Rosyam atau nama lengkapnya Datuk Mohamed Noor Bin Shamsuddin berkata penggambaran membabitkan produksi itu terpaksa dihentikan selama empat hari dan kru yang negatif kembali semula ke lokasi pada Sabtu ini.
Tambah pelakon KL Special Force itu, mereka memang mematuhi segala pematuhan prosedur operasi standard (SOP) namun perkara begini sukar untuk dijangka.
Setiap kali sebelum masuk lokasi, memang semua pelakon dan kru produksi perlu menjalani ujian saringan. Seorang jurukamera saya disahkan positif selepas menjalani ujian saringan.
Namun, Rosyam meluahkan rasa syukur kerana virus itu tidak berjangkit kepada pelakon dan kru lain. Semua sudah menjalani ujian dan keputusannya negatif.
Mengikut syarat yang ditetapkan, kita berhenti penggambaran selama empat hari. Ini adalah langkah yang diambil oleh pihak saya untuk memastikan tiada sesiapa di set penggambaran yang dijangkiti.
Menurut Rosyam, Covid-19 adalah penyakit yang bukan boleh dilihat dengan mata kasar, jadi apa yang boleh difokuskan oleh pihaknya adalah seperti simptom demam dan sebagainya.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.