“Kita Manusia, Buat Kesalahan..” – Tak Setuju Hal Rumah Tangga Ditayang Di Media Sosial, Fathia Latiff Bersuara

Hiburan

“Kita Manusia, Buat Kesalahan..” – Tak Setuju Hal Rumah Tangga Ditayang Di Media Sosial, Fathia Latiff Bersuara

Baru-baru ini, aktres sensasi, Fathia Latiff telah berkongsi pendapatnya dimana orang ramai dan media tidak seharusnya menyebarkan aib mana-mana individu kepada umum meskipun mereka telah membuat kesalahan.

Manusian buat kesalahan

Berdasarkan kenyataan yang dikongsikan di Instagram, Fathia berpendapat semua orang membuat kesalahan namun hal itu tidak patut dinilai oleh manusia, sebaliknya biar Allah SWT sahaja yang menilai.

Advertisement

Meskipun tidak memetik mana-mana isu, pelakon ini meluahkan rasa sedih apabila berita atau kes yang melibatkan rumah tangga seseorang disebarkan di media sosial.

Kita manusia, buat kesalahan, saya tahu ia berbunyi tipikal, hanya Tuhan boleh menilai. Tak perlu sebarkan malu dan aib orang.

 

Saya sedih dengar fasal berita ini, bukan sedih sebab orang itu melakukan perlakuan itu. Tak perlu sebarkan, kalau kes macam ini, diam-diam. Buat dekat belakang kamera. Media tak payah campur.

 

Bagi saya sendiri, contoh kes orang fitnah, perlakuan suami isteri, benda itu tak perlu sebarkan.

 

Kecuali kalau awak rasa terancam, awak boleh sebarkan. Tapi untuk memalukan, menyebarkan benda tak baik, aib orang itu tak perlu sebarkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Semua boleh beri pendapat

Selain itu, aktres ini turut berkata meskipun pengguna media sosial bebas untuk bersuara, namun tidak patut mereka mengecam dan menghina mana-mana pihak. Tambah Fathia, meskipun artis, tetap perlu tahu had kebebasan bersuara itu.

Kita semua masyarakat Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah mengecam atau menghina.

 

Saya cuba sampaikan pendapat saya, tapi tak perlulah nak sebarkan kejahatan orang. Bukan saya nak tunjuk pandai, pendapat saya, walaupun kau artis, memang kita ada freedom, kita perlu tahu untuk gunakan kebebasan suara itu.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

9 months ago

Didi Astillah 'Upload' Video Mesra Bella & Ruhainies, Netizen - "Jahatnya Dia, Berkawan Tapi Tikam Belakang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...