Nama kian menjadi sebutan sejak kebelakangan ini dek kisah penjenamaan ‘Harimau Menangis’, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini terus mendapat perhatian ramai.
Terbaru, menerusi sebuah video yang dihoskan oleh saluran YouTube milik Rosix & Bella, Noor Kartini dan Ameera Khan telah dilihat turut menyertai sembang santai itu.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila Ameera bertanyakan kepadanya ibunya nasihat apabila menjejaki alam perkahwinan suatu hari nanti.
“Kena kenal siapa pilihan hati kita. Ibarat macam kita buat kek, acuan itu ibarat suami, jadi kita kena masuk dalam acuan itu. Jadi kita kena faham dan harus kenal siapa suami kita.”
Selepas mendengar nasihat ibunya itu, Ameera menyatakan bahawa dia sering mengalami kesukaran untuk memahami perasaan seorang lelaki kerana ianya sering berubah-ubah. Menggunakan pengalamannya sendiri sebagai contoh, gadis itu menyatakan yang dia pernah mengenali lelaki yang pada awalnya merupakan seorang yang baik namun berubah jadi jahat.
“Orang lelaki ni, mereka tahu dia ada kuasa. Ego mereka tinggi, kita sebagai perempuan, kita kena selalu duduk di bawah mereka. Jadi kita kena sabar dan kalau kita cabar ego mereka, dia lagi akan memberontak dan akan jadi lebih teruk. Sebenarnya, lelaki ini senang jer, kalau kita faham mereka. Kalau kita ikut dia, tahu apa yang dia suka atau tak suka, kita akan menang.”
Korang setuju tak dengan nasihat Noor Kartini?
Anonymous
January 23, 2021 at 5:36 am
Tolong laa… kau jgn lagi bagi nasihat sampah mcm ni. Patriarki sangat. Lagi la naek lemak golongan lelaki ada perempuan yg sentiasa kene pijak duk bwh tapak kaki if according to your talk neh. Rubbish! Hidup ni kena bertolak ansur dan saling memahami ye macik!
es
January 20, 2021 at 4:32 pm
harimau pun boleh menangis dengar nasihat ni..
kena sama-sama tolak ansur
give and take
kalau tak makan hati ooooo
dan jgn selalu masuk campur urusan rumah tangga anak ooooo
biar diorang settle sendiri oooo