“Kita Kena Sedar Diri..” – Ryan Bakery Nasihat ‘Influencer’ Jaga Adab Bila ‘Post’ Konten Di Media Sosial

Kehidupan

“Kita Kena Sedar Diri..” – Ryan Bakery Nasihat ‘Influencer’ Jaga Adab Bila ‘Post’ Konten Di Media Sosial

Sejak beberapa hari yang lalu, panas dengan isu pelakon, Ellie Suriaty meluahkan rasa kesal dengan konten parodi seorang pempengaruh dikenali ramai kerana seolah-olah mempersendakan dirinya.

‘Tak semua boleh terima lawak kita’

Sebagai seorang influencer popular, sebuah portal telah menembual Ryan Bakery untuk menanyakan pandangannya mengenai isu yang sedang berlaku ini.

Advertisement

Kata Ryan, setiap pencipta kandungan perlu menjaga sensitiviti sebelum memuat naik sebarang konten yang dihasilkan biarpun hanyalah sekadar jenaka.

 Mungkin ada segelintir yang boleh terima jenaka seperti itu tetapi bukan semua orang sama.

Dalam pada masa yang sama, influencer itu meminta agar pempengaruh lelaki terbabit pergi memohon maaf dan mengambil iktibar dari kesilapan yang dilakukan.

Sedar diri, turunkan ego mohon maaf

Bila ego tinggi ia jadi susah dan sukar. Sebagai orang muda kita mungkin tidak tahu sangat perasaan orang tua, bukan semua orang boleh terima lawak kita.

Bahkan, Ryan Bakery turut mengingatkan pempengaruh lain untuk sedar diri biarpun sudah memiliki jumlah pengikut yang ramai.

Kita kena sedar apa yang kita ada hari ini atas sebab orang suka dengan konten kita. Kalau orang sudah tidak mengikuti (unfollow), maka hilanglah semuanya.

imran bard ellie suriaty
3 days ago

"Minta Maaf Makcik" - Imran Bard Balas Kenyataan Ellie Suriaty, Maklum Ibu Dirawat Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...