Kita Kena Kaya Raya, Jangan Seperti P. Ramlee Tinggal Pun Di Tepi Bukit Bintang – David Teo

Hiburan

Kita Kena Kaya Raya, Jangan Seperti P. Ramlee Tinggal Pun Di Tepi Bukit Bintang – David Teo

Nasihat yang baik selalunya memang pedas dan sukar diterima. Abang Nara sebenarnya bersetuju dengan kata-kata David Teo kerana pengakhiran hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memang agak menyedihkan (berdasarkan dokumentari dan cerita-cerita di Internet yang Abang Nara baca). Menjadi selebriti sama ada pelakon, pengacara dan penyanyi memerlukan kita merancang kewangan dengan bijak. Masa tawaran tengah banyak kenalah beringat dan menyimpan. Jangan bila dah suam-suam kuku baru nak insaf serta menangis bila tengok akaun bank ada 20,30 ringgit je.

david teo

Advertisement

Tidak dinafikan David Teo telah berjaya membentuk ramai selebriti seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Farid Kamil, Intan Ladyana dan ramai lagi di bawah naungan syarikatnya. David Teo juga menjelaskan tentang artis naungannya yang tidak menyambung kontrak selepas beberapa tahun bersamanya. Kata David Teo:-

Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat. Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit.

Tak ada perkataan tinggalkan MiG cuma bila sudah dewasa, mereka kena berdikari. Lisa Surihani dan Shaheizy Sam lima tahun bersama MiG. Farid Kamil dan Yana Samsudin 11 tahun. Intan Ladyana masih sambung kontrak sejak filem ‘Jangan Pandang Belakang’. Siapa yang mahu berdikari, saya persilakan tetapi pelakon baharu yang tak ada disiplin akan dipercepatkan setahun saja kontrak untuk keluar sebab kita nak cipta bintang bukan glamor yang tak ada prestasi.

ramlee

Dengan ramai rakyat Malaysia yang diisytihar muflis kerana perbelanjaan yang tidak dikawal, nasihat David Teo ini seharusnya diterima pakai oleh semua golongan, bukan selebriti sahaja. Apa pula pendapat anda? Wajarkah persamaan dengan seniman agung P. Ramlee digunakan oleh David Teo? Kredit The Malay Mail Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...