“Kita Kan Perempuan, Emosi Tak Stabil” – Sebar Video Bercumbu, Kekasih Ameerul Asyraf Mengaku Salah

Hiburan

“Kita Kan Perempuan, Emosi Tak Stabil” – Sebar Video Bercumbu, Kekasih Ameerul Asyraf Mengaku Salah

Sebelum ini, teman wanita kepada seorang pelakon baharu iaitu Ameerul Asyraf bertindak memuat naik video memaparkan pelakon itu yang sedang seronok menari bersama seorang wanita di sebuah kelab malam.

Difahamkan, kekasihnya itu bertindak menyebarkan video berkenaan selepas kecewa apabila janjinya untuk bertunang pada tahun ini dimungkiri.

Advertisement

Terkini, teman wanita yang dikenali sebagai Eyra Zirah bagaimanapun mengaku bersalah memuat naik video berkenaan di laman TikTok miliknya.

Menurut Eyra, dia terlalu mengikut emosi selepas berang apabila menerima video berkenaan daripada individu tidak dikenali menerusi Telegram.

Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tak tahu pun video tu video lama ke apa. Kita kan perempuan, bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil.

Tanpa bertanya lanjut kepada Ameerul, dia terus memuat naik video berkenaan di TikTok dan tidak menyangka ia tular di media sosial.

Lepas saya hantar video tu dekat dia, saya terus block dia. Saya rasa dia pun ada menghubungi keluarga saya, tapi saya tak mahu melayan sebab mahu diberikan masa.

@zirah370

jangan lalu fyp dia??#CapCut#foryoupage #f #trending #tiktokmalaysia #tiktok #foryou #fyp? #fypage #fyp

? original sound – ?? ?????? ???? – ?? ?????? ????

Dalam pada itu, Eyra berkata, dia akan memadam video tersebut daripada akaun media sosialnya kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.

Waktu itu saya memang marah dan tak boleh berfikiran waras. Saya mengaku memang salah saya terus viralkan video tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Kecewa Tak Tunai Janji Untuk Bertunang, Kekasih 'Viralkan' Video Pelakon Baru Ghairah Menari & Bercium Di 'Club'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...