“Kita Kalah Disebabkan 1MDB”- KJ

Trending

“Kita Kalah Disebabkan 1MDB”- KJ

Semenjak peralihan kerajaan baru, kita boleh lihat YB Khairy Jamaluddin (KJ) semakin lantang menyuarakan pendapatnya mengenai pelbagai isu terutamanya mengenai dunia politik di Malaysia ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Rembau itu sekali lagi mengeluarkan pendapat peribadinya dan seperti biasa dia akan menggunakan media sosial sebagai platform ‘meluahkan perasaan’.

Advertisement

Dia menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH). Najib juga berkata yang tiada apa yang salah dengan Barisan Nasional.

Perkongsian itu turut merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai kenyataan Najib yang mendakwa kekalahan BN pada PRU14, berikutan daripada penipuan, fitnah dan janji palsu yang dibuat oleh PH.

KJ dengan ‘slumber’ membalas tweet tersebut dengan “We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.) dan setakat ini tweet tersebut mendapat lebih 11 ribu retweet dan lebih 500 reply.

Kebanyakan netizen bersetuju dengan kenytaan KJ itu dan mengatakan dia semakin berani bersuara. Tak ketinggalan juga netizen yang membuat pelbagai komen dan spekulasi mereka sendiri tentang apa yang terjadi sebelum pilihan raya dan keadaan semasa.

Tak kurang juga netizen yang memberi komen bahawa sudah terlambat untuk KJ membuat kenyataan seperti itu, kenapa tidak bertindak ketika di bawah pentadbiran Najib dahulu. Ada juga yang mengatakan Najib masih dalam denial mode.

Dalam masa yang sama, Najib sekarang aktif mengkritik pentadbiran Kerajaa PH. Terbaru dia memuat naik status di Twitter mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan yang bertajuk Najib punca bayaran balik PTPT kurang RM500 juta?

Salahkah saya buat begitu? Nak bantu belia kita pun tak boleh? Jika ini salah Najib, saya terimalah. Kamu semua yang selesa di Putrajaya telah buat apa untuk pelajar?

Drama politik di Malaysia semakin rancak dan diharap kita bukan sahaja ada kerajaan yang baik tetapi juga pembangkang yang bijak untuk check and balance dalam arena politik Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...