“Kita Dirumah Makan Sedap Pagi Petang” – Peguam Nurul Hafidzah Luah Rasa Kesian, Harap Keajaiban Buat Siti Bainun

Kehidupan

“Kita Dirumah Makan Sedap Pagi Petang” – Peguam Nurul Hafidzah Luah Rasa Kesian, Harap Keajaiban Buat Siti Bainun

Peguam kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan menerusi Instagram Stories ada meluahkan rasa simpati dan kasihan terhadap anak guamnya yang kini sedang berada di penjara.

Kata Hafidzah, dia kadang-kadang berasa sudah tidak mampu untuk menjadi peguam kerana mengenangkan anak guam yang dihukum penjara sedangkan dia berada dalam keadaan selesa di rumah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Peguam | Lawyer | (@hafidzahhassan)

Teringat tak boleh tidur bila anak guam tak dapat balik dan tinggal di penjara. Yang kena reman sehari dua pun macam nak pecah nyawa teringat kita di rumah beralas tilam dan bantal empuk. Makan sedap pagi petang.

Ujarnya lagi, dia hanya mampu berdoa dan berharap keajaiban buat Siti Bainun.

Nurul Hafidzah siti bainunSumber : Instagram  

Doa je yang mampu sementara tunggu keajaiban buat @deknon_bubbles (Siti Bainun).

Menjengah ke ruangan Instagram, Hafidzah juga ada memuat naik beberapa foto lawatan ke Penjara Kajang di mana lokasi pengasas Rumah Bonda itu dipenjarakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bubbles bubbs (@deknon_bubbles)

Terdahulu, hakim Mahkamah Sesyen telah mendapati Siti Bainun telah bersalah di atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja OKU Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Siti Bainun telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun di atas kesalahan itu.

Ebit lew
11 months ago

"Husnuzon...." - Layari Laman Web L*cah Jepun Di Telefon Bimbit, Netizen Sangka Baik Ebit Lew Nak Berdakwah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...