Pelawak dan pelakon Joey Daud berkongsi pengalaman peribadi serta petua unik untuk mengelak daripada menjadi mangsa sihir atau gangguan ilmu hitam daripada individu berniat jahat.
Menerusi podcast Ashhhrapp Channel, Joey mendedahkan bahawa salah satu caranya ialah dengan memakai seluar dalam secara terbalik.
Tips untuk mengelak daripada orang buat kita. Benda ini macam kelakar, tapi kalau dari segi logik akal macam betul. Apa yang kita pakai ini jangan sempurna.
Macam baju kita kena pakai sempurna la. Paling tak sempurna, kita boleh pakai seluar dalam terbalik. Jadi, benda itu tak sempurna.
Kalau dia nak datang, tak sempurna dia akan patah balik. Seluar dalam hanya kita saja yang tahu, benda itu terbalik. Paling kuat pun isteri kita.
Joey turut mengimbas detik hitam dalam hidupnya apabila mendakwa pernah disihir oleh seorang peserta program lawak beberapa tahun lalu.
Kejadian itu berlaku sejurus selepas beliau membuat persembahan, apabila telinganya tiba-tiba berdesing, badan berpeluh dan tangannya langsung tidak boleh digerakkan.
Meskipun mendapatkan rawatan di dua hospital, doktor hanya mendapati bacaan kolesterolnya sedikit tinggi, namun tidak cukup untuk menyebabkan kelumpuhan.
Buntu dengan keadaan itu, Joey akhirnya memilih ikhtiar alternatif dengan berjumpa tiga orang ustaz. Selepas menjalani rawatan, ustaz turut menasihatkan Joey agar terus berzikir dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.