“Kita Dah Tua Bro, Apa Kau Nak Main Game Budak-Budak” – Syamsul Yusof Bakal Saman Farid Kamil

Hiburan

“Kita Dah Tua Bro, Apa Kau Nak Main Game Budak-Budak” – Syamsul Yusof Bakal Saman Farid Kamil

Meskipun diasak dengan soalan berkaitan rumah tangganya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana serta tindakannya memfailkan permohonan nusyuz, Syamsul Yusof turut ditanya tentang kenyataan Farid Kamil sebelum ini.

Kita jumpa di mahkamah. Itu sahaja.”

Kata pengarah itu, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid kerana membuat perkara yang disifatkan kebudak-budakan.

Kita dah tua bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la.”

Terdahulu, Farid ada mengeluarkan kenyataan di Instagram story di mana ramai mendakwa dia menyindir Syamsul dan berkata pengarah itu pernah memukul seorang wanita  bernama Diana (dipercayai merujuk kepada Diana Danielle).

Apa yang membuatkan netizen sangka Farid memerli Syamsul adalah pendedahan itu dibuat sehari selepas Puteri Sarah mendedahkan dia pernah dipukul suami sekitar 2020.

Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar tahun 2005 sebelum percintaan mereka terputus di tengah jalan pada penghujung 2008.

Dalam pada itu, Syamsul akui jarang menggunakan media sosial sejak kemelut rumah tangganya menjadi topik hangat yang dibualkan oleh netizen.

Segala isu-isu membabitkannya yang menjadi perbualan hangat hanya diketahui olehnya selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan terdekat.

Saya malas nak main ‘game’ media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekarang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la.”

Advertisement

farid kamil
1 year ago

"Sampai Tahun 2023 Masih Pukul Wanita, Tunjuk Jari Satu" - Farid Kamil Dedah Isteri Masih Trauma Dipukul Seorang Individu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...