Siapa tidak kenal dengan pendakwah bebas popular, Ustaz Ebit Lew yang telah banyak memberi jasa kepada orang ramai. Tanpa mengira agama dan bangsa, Ebit Lew sanggup turun padang menyelami sendiri kesusahan rakyat.
Terbaru, pendakwah ini menerusi perkongsian di Facebook meluahkan rasa sebak selepas menerima anugerah ‘Duta Muhibbah Palestine’ daripada Kementerian di sana. Dengan rendah diri, Ebit Lew berkata dia hanya membuat sedikit usaha jika dibandingkan dengan yang lain.
Dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestine
View this post on Instagram
Berkongsi dengan lebih lanjut, beliau dan pasukan dijemput bertemu beberapa kementerian di Palestin sebagai penghargaan. Beliau yang dilayan dengan cukup mesra berasa sangat terharu dan bersyukur dengan kerjasama baik yang diterima. Semasa perjumpaan tersebut, mereka berbincang dengan lebih terperinci mengenai program-program yang akan dibuat di Palestin pada masa akan datang.
Bincang program-program di Palestin
Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja.
Menurutnya, program yang dianjurkan adalah demi anak-anak muda yang sedang membesar di sana. Selain kehilangan identiti dan tanah, anak-anak di Palestin turut kehilangan keluarga yang terkorban dalam serangan.
Bersama hantaran tersebut, Ustaz Ebit Lew berterima kasih kepada kerajaan, kementerian serta rakyat Palestin yang menyambut baik kedatangan pasukannya ke sana. Beliau turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang banyak mendoakan kejayaan misi tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.