Dalam diam sebenarnya gejala buli semakin mencengkam dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh sehingga menimbulkan kerisauan ibu bapa.
Seperti kes sekolah agama di Sabah yang tular baru-baru ini, ramai yang berharap agar pelaku disebalik kematian Zara Qairina dapat diberkas tanpa campur tangan pihak yang lebih berkuasa.
Terbaru, seorang pelajar di TikTok telah meluahkan bagaimana perasaan gembira terpilih untuk memasuki sekolah berasrama penuh bertukar sengsara apabila dia sering diejek oleh pelajar lain. Tulisnya dalam salah satu video,
Saya cakap asrama tu best sebelum saya dengar dorang cakap, ‘Jom kita buli Insyirah ramai-ramai sampai dia b*nuh diri macam Zara Qairina tu.
Dalam video lain, pelajar berkenaan turut mempersoalkan bagaiman ingin tampil cantik memandangkan di sering diejek ‘hitam’ dan ‘berjerawat’.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya meminta pelajar tersebut supaya berbincang dengan baik dengan ibunya mengenai perihal itu. Namun jawab Insyirah, ibunya meminta dia bertahan selagi tidak berlaku sebarang kekasaran melibatkan fizikal.
Malah dia meluahkan rasa sayang untuk meninggalkan sekolah berasrama selain risau kos yang perlu dikeluarkan untuk memasuki sekolah lain.
Semoga yang baik-baik sahaja buatnya.