“Kita Akan Lihat Kemalangan Berpunca Daripada Kecuaian Manusia Atau Kegagalan Teknikal” – Polis

Berita

“Kita Akan Lihat Kemalangan Berpunca Daripada Kecuaian Manusia Atau Kegagalan Teknikal” – Polis

Susulan kejadian kemalangan yang berlaku pada sekitar jam 12 tengah malam hingga jam 1 pagi melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI serta kenderaan MPV jenis Perodua Alza, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Berpunca sebab kecuaian manusia atau kegagalan teknikal?

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, siasatan menyeluruh daripada semua aspek sedang dijalankan oleh pihaknya bagi mengenal pasti punca kemalangan itu boleh berlaku.

Advertisement

bas bawa pelajar upsi kemalangan

Kita akan lihat sama ada kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian manusia atau kegagalan teknikal kenderaan selain membuat semakan rekod (pemandu dan bas). Nahas berlaku hala ke Gerik di mana keadaan jalan berselekoh dan menurun selain suasana gelap di lokasi kejadian.

Ulas dakwaan pemandu bas pandu laju

Dalam pada itu, mengulas dakwaan pemandu membawa bas dengan laju, Noor Hisam pihaknya belum mengesahkan perkara itu kerana masih dalam siasatan.

ketupat rendang dijumpai dalam kemalangan bas pelajar upsi

Katanya lagi, siasatan kes ini akan melibatkan kerjasama bersama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom dan Miros.

Berdasarkan pemeriksaan pada bas tersebut, didapati kenderaan itu tiada kamera papan pemuka (dashcam).

bas bawa pelajar upsi kemalangan
2 hours ago

"Tak Tahu Dia Rushing Nak Pergi Mana" - Saksi Dakwa Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI Bawa Laju & Potong 'Double Line'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...