Minggu lalu, personaliti media sosial Hana Ismail dan suami, Da’i Syed mengumumkan bahawa mereka telah kehilangan anak sulung mereka setelah Hana keguguran.
Susulan itu, Hana menerusi Instagram Story memaklumkan bahawa dia kini sedang menjalani pantang namun tidak mengambil sebarang pakej berpantang.
Sebaliknya, hanya Da’i Syed yang menguruskan segala keperluan Hana ketika berpantang di rumah.
Kita tak ada confinement lady tapi kita ada confinement suami. Dia mandikan kita dengan air herba hari ini.
Da’i Syed kemudian membalas hantaran apresiasi isterinya itu dengan menganggap perbuatan itu hanyalah kerja mudah.
Bukan sahaja memandikan Hana dengan air herba, malah siap pakaikan stokin seperti permaisuri lagi.
Terdahulu, Syed dan Hana yang mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur memaklumkan anak mereka yang berusia 10 minggu dalam kandungan sudah pergi menghadap Ilahi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.