Kit Ujian Kendiri COVID-19 Bakal Dijual Di Stesen Minyak, Dipasarkan Bawah RM10

Berita

Kit Ujian Kendiri COVID-19 Bakal Dijual Di Stesen Minyak, Dipasarkan Bawah RM10

Penjualan kit ujian kendiri COVID-19 dilaporkan akan mula dipasarkan di rangkaian stesen minyak dan pasar raya dalam masa terdekat ini.

Timah
2 years ago

Setuju Tukar Nama Botol Arak, Pengeluar Mohon Tempoh Seminggu

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rasol Wahid di mana inisiatif tersebut akan mewujudkan persaingan sihat dalam pasaran serta akan memudahkan orang ramai untuk mendapatkannya.

Datuk Rasol Wahid

Dalam pada itu, Rasol turut menjamin bahawa kit kendiri itu akan dijual dengan harga di bawah RM10 berbanding harga asal RM19.90 yang kini dijual di farmasi dan kedai ubat-ubatan.

 

Pada asalnya, kementerian bercadang untuk menentukan harga maksimum, mungkin RM15 atau RM13, namun apabila ramai pemain industri datang dan beradvokasi dengan kita, ada yang tawarkan untuk menjualnya di bawah RM10.

 

Jika dibenarkan dijual di pasaran terbuka yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), maka mereka boleh jual dengan harga lebih murah.

Datuk Rasol Wahid menzahirkan keyakinannya apabila pemain industri mula menunjukkan komitmen dan janji mengenai perkara tersebut.

Kit ujianSumber : Google  

Sehubungan dengan itu, dia yang berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu beranggapan bahawa kementerian berkaitan tidak perlu tentukan harga maksimun kit ujian kendiri itu namun  ingin membiarkan pasaran menentukan harganya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...