Kit Kat Chocolatory terletak di Seibu Department Store Ikebukuro, Tokyo. Fashionsnap melaporkan jualan ‘Sublime Bitter’ terhad kepada 300 bar sehari kerana Couverture itu dihasilkan dengan tangan. Satu bar berharga ¥ 315 dan sekotak(10 bar) berharga ¥3413. Pada hari pembukaan, 500 bar telah dijual dalam masa 40 minit. Kedai ini merupakan kedai khas yang akan menjual kit kat, ia bekerjasama dengan kedai manisan Le Patissier Takagi untuk menghasilkan berlagai perisa kitkat. Buat masa ini terdapat tiga perisa edisi terhad: ‘Sublime Bitter’ dibuat dengan coklat Couverture, coklat yang bermutu tinggi yang mengandungi mentega koko tambahan,‘Special Cherry Blossom Green Tea’ yang dibuat dengan ekstrak bunga ceri, dan ‘Special Chili’, yang dicampur dengan serbuk lada yang berkrim.