Kisah Yuyun, Remaja Indonesia Dirogol 14 Lelaki Termasuk Rakan Sekolah Sehingga Maut

Trending

Kisah Yuyun, Remaja Indonesia Dirogol 14 Lelaki Termasuk Rakan Sekolah Sehingga Maut

Pada awal April lepas, Yuyun, seorang remaja berusia 14 tahun yang tinggal di sebuah perkampungan miskin di Desa Kasiah Kasubun, Padang Ulak Tanding, Bengkulu, Indonesia, didapati hilang. Setelah orang kampung melakukan pencarian selama beberapa hari, mayat Yuyun yang masih bersekolah itu ditemui dalam semak-samun tanpa pakaian dengan mayat hampir membusuk serta kaki dan tangan diikat .

Screen Shot 2016-05-05 at 9.20.01 AM

Gambar: Yuyun (mangsa)

Dalam masa beberapa hari juga, polis Indonesia melakukan siasatan dan menahan 12 orang suspek, manakala dua orang lagi masih dalam buruan. Menurut pengakuan suspek, remaja itu dirogol sehingga mati oleh 14 orang sebelum mayatnya dibiarkan. Menurut pengakuan mereka juga, mangsa ditarik kedalam semak sebelum dirogol ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

Advertisement

Kata Ketua Polis Bengkulu, kesemua suspek berusia bawah 24 tahun, termasuk enam remaja bawah umur yang merupakan rakan sekolah mangsa. Kejadian itu berlaku setelah kesemua suspek mengambil minuman keras. Kesemua suspek dikatakan mengumpulkan wang untuk membeli minuman keras pada jam 10.00 pagi hari kejadian. Mereka melihat mangsa berjalan seorang diri melewati kawasan mereka minum pada jam 12.30 tengahari.

Kemudian mereka mengheret mangsa ke dalam semak, mengikat tangan serta kaki mangsa serta merogol mangsa bergilir-gilir, masing-masing sebanyak dua atau tiga kali walaupun mangsa sudah meninggal dunia. Lebih menyedihkan, mayat mangsa ditolak ke dalam jurang dan disembunyikan dengan daun-daun paku.

Kesemua suspek kemudiannya kembali ke rumah masing-masing.

Orang kampung menyedari kehilangan mangsa dan melakukan pencarian selama tiga hari. Lebih aneh, beberapa suspek juga turut menyertai pencarian untuk menyorokkan perlakuan mereka. Akhirnya, bau busuk mayat membawa kepada penemuan mangsa,

Hasil bedah siasat bawa penemuan menyedihkan

Hasil bedah siasat  mendapati pinggang Yuyun patah, bahagian dubur dan kemaluannya menyatu. Terdapat kesan cekikan pada leher dan terdapat luka di belakang kepalanya.

160503141300_yuyun_rape_victim_bengkulu_640x360_rikakurnianingsih_nocredit

Dari kiri: bapa, kembar dan ibu Yuyun

Kes pembunuhan Yuyun  tidak mendapat liputan media pada asalnya. Bagaimanapun, seorang selebriti dan pemuzik bebas, Kartika Jahja telah menulis tentang Yuyun di Twitter. Kes tersebut mula menjadi viral dan mendapat perhatian pihak media beberapa hari lepas, sehingga mengerakkan satu kempen media sosial #NyalaUntukYuyun

 

 

Tujuh suspek bawah umur kini sedang dibicarakan dalam kamar tertutup dengan kawalan ketat polis dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara 30 tahun melalui dua pertuduhan iaitu membunuh dan mabuk di tempat awam. Kata ibu Yuyun, Yana, 30, tentang kempen itu kepada BBC Indonesia:

Tidak apa namanya tersebar. Biarlah kematian dia sadis, saya sabarkan saja. Sebarlah berita itu, supaya tidak terjadi Yuyun-Yuyun lain di masa depan.

Pelajar yang cerdas

Yana menggambarkan anaknya sebaga pelajar yang cerdas. Dia mengatakan Yuyun juga rajin solat dan mengaji:

Kami bekerja sebagai kuli, tetapi Yuyun bercita-cita jadi guru.

(Saya sering pesan) supaya bersolat  dengan rajin, kerana kita tak punya apa-apa, cuma boleh minta dari Allah.

Samitum, yang tinggal di sebelah rumah Yuyun juga menambah bahawa selama hidupnya gadis kecil itu tidak pernah nakal.

Dia gadis yang ceria, tidak banyak karenah, ramah dengan kawan-kawannya. Rata-rata penduduk di sini semua sayangkan Yuyun.

160503141131_yuyun_rape_victim_bengkulu_640x360_rikakurnianingsih_nocredit

Yana, 30, dan Yuyun (mangsa)

Keluarga Yuyun mahu hukuman berat untuk semua pelaku

Yana mengatakan mereka berharap 14 suspek yang memperkosa anaknya beramai-ramai dihukum seberat-beratnya jika terbukti bersalah.

(Keluarga) minta hukuman yang seberat-beratnya untuk pelaku, kalau setakat 10 tahun saya tak rasa tenang. Saya mahu mereka dipenjara seumur hidup.

Kerana saya tidak punya harta, hanya anak lah harta saya. Itulah yang saya perjuangkan dalam hidup saya. Anak saya cuma dua orang, yang perempuan Yuyun, yang lelaki Yayan, kembar.

160503141158_yuyun_rape_victim_bengkulu_640x360_rikakurnianingsih_nocredit

Rumah keluarga Yuyun

Yana mengingat janji terakhirnya pada anak perempuannya itu, iaitu membelikan telefon bimbit Android yang sangat dia inginkan. Dahulu, keadaan keluarga tidak mampu, kedua ibu bapanya tidak mampu menunaikan permintaan Yuyun:

Nak, lebih baik kita beli papan buat rumah. Belajarlah dulu, tamatkan sekolah dan dapat ijazah, nanti ibu belikan.

Namun setelah kejadian itu, ibu bapa Yuyun kemudian memberikan sumbangan ke masjid sebagai ganti janjinya membeli telefon bimbit.

Kami berikan kepada masjid, terserah kepada pihak masjid bagaimana mahu dibelanjakan, yang penting janji kami sudah ditunaikan.

Jiran Yuyun mengatakan selepas kejadian tragis itu:

Anak-anak di sini khususnya yang perempuan pasti menggunakan perkhidmatan tumpang motorsikal, biarpun seribu dua ribu bayarannya, kerana takut kejadian seperti itu berlaku lagi.

Seorang penduduk kawasan perkebunan tempat mayat Yuyun ditemui mengatakan:

Biasanya ramai petani menggunakan jalan ini untuk ke ladang. Kejadian ini baru kali ini terjadi di sini, biasannya aman damai saja.

amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. .......

    May 5, 2016 at 10:02 pm

    Kebanyakan rata2 anak yg mau dewasa cepat ambek perkare yg celek dari pada yb baiknya die pun tau ape keburukan pade die di masa akan dtg tapi nak menjobe jg ape akibatnya susankan keluarge dan orang lain.jadi akhirnya tanggung akibatnye

  2. Anonymous

    May 5, 2016 at 11:53 am

    Jantan celaka elok masa kecik mampos jer,hukum gantung sampai mati trs xde manfaat pun setan2 ni hidup kat dunia selain nawa bahaya kpd org lain pula nnt..