Saya ada seorang tunang. Nama tunang saya adalah rahsia. Saya sayang tunang saya kerana dia sangat cute, baik hati dan comel. Kalau diletakkan Lisa Surihani dengan tunang saya sebelah menyebelah, saya akan pilih Diana Danielle. Eh silap, saya akan pilih tunang saya. Hobi tunang saya ialah membuat aksi comel ala-ala Hagemaru di depan kamera. Di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, tunang saya akan ambil gambar.
1. Ketika makan
2. Ketika menyapu sampah di halaman rumah
3. Ketika ternampak butik LV di KLCC
Kiranya, di mana-mana sahaja tunang saya akan berposing dan kemudiannya menyuruh saya mengambil gambar comelnya. Selaku tunang yang baik hati, saya hanya menurut perintah dan mengâ€snap†gayanya dengan menggunakan telefon Blackberry. Suatu hari tunang saya berkata :-
[note]Abang yang kacak lagi bergaya. I rasa la kan, gambar I pasti akan lebih comel dan cute kalau you ambil guna kamera yang bermutu tinggi. Tak berapa cantik sangat la gambar I dengan kamera Blackberry you tue [/note]
Ayat di atas telah diubah supaya anda tidak muntah darah. Mendengar kata-kata tunang saya, saya pun membelek balik gambar-gambar yang telah kami berdua ambil. Memang betul gambar-gambar tersebut agak tidak clear. Orang putih kata “kureng sikitâ€. Maka suatu hari saya telah membuat kejutan dengan membeli sebiji kamera untuk memuaskan nafsu bergambar tunang yang tercinta. Inilah kameranya.
Nikon CoolPix s1100pj sememangnya kamera terbaik untuk memenuhi permintaan tunang saya. Dengan harga yang berpatutan, saya kini memiliki sebuah kamera yang boleh dimuatkan di dalam seluar jeans ketat saya. Kini saya adalah seorang kamera bergerak. Tunang saya tersenyum riang seperti seorang budak 3 tahun mendapat Choki-Choki. Lantas tunang saya berkata:-
[note] Wahhhhhhhhhhhh. Bestnya kamera nie. Dah la skrin ambil gambar dia besar sampai boleh muat satu badan kalau I nak berposing nanti. Paling I suka semua bendanya touch screen je. Memang best la kamera nie. Ini yang buat I makin saying dekat you nie. [/note]
Untuk menunjukkan kemachoan, saya dengan pantas memegang kamera tersebut dan dengan poyonya menerangkan beberapa fungsi dan kelebihan kamera Nikon CoolPix s1100pj kepada si dia yang tercinta. Bukan apa, perempuan akan lebih teruja apabila pakwenya nampak macam serba pandai dalam bab-bab gadjet nie. Time inilah saya nak score markah lebih sikit. Tak gitu?
[note] Sayang, do you know that kamera ini boleh focus gambar dan video boleh focus sampai 5 kali ganda? Kalau lepas nie you nak suruh I focus kat bulu mata you yang lentik macam Rozita Che Wan tue pun boleh. Paling best, sound system kamera nie masa rekod video memang tip top. Cuba you tengok video konsert Aizat yang I rakam untuk you hari tue [/note]
Adat percintaan, sudah semestinya ada rajuknya. Kalau lelaki merajuk memanglah tak boleh kan? Perempuan je lah yang merajuk. Suatu hari yang hening, tunang saya telah merajuk. Lama jugak dia merajuk. Pening kepala saya fikirkan macam mana nak pujuk. Akhirnya saya dapat idea untuk menggunakan fungsi Projectile di kamera Nikon CoolPix s1100pj ini untuk membuat satu video pujukan buat si dia.
Super coolkan fungsi projectile nie? Kalau korang kreatif, bukan setakat boleh digunakan untuk memujuk si awek yang tercinta, siap boleh gunakan projectile dari kamera nie untuk propose awek korang. Tak percaya? Tengok video kat bawah nie:-
Tunang saya sudah jatuh cinta dengan kamera Nikon CoolPix s1100pj ini. Kalau anda seorang lelaki dan awek/tunang/isteri anda seorang “camwhoreâ€, saya memang galakkan anda membeli kamera ini sebagai hadiah untuk si dia. Ada 4 warna untuk dipilih:-
Pesanan saya cuma satu, jangan teruja sangat dengan kualiti gambar dan video kamera Nikon CoolPix s1100pj sampai korang buat video terlampau pulak. Kang tak pasal-pasal femes satu Malaysia. Saya tinggalkan anda dengan gambar tunang saya berposing comel menggunakan video kamera Nikon CoolPix s1100pj. Kini dia semakin comel ~~
P.S: Tunang saya adalah milik saya. Sila jangan jatuh hati.
P.P.S: Sebabkan ramai yang tanya, harga kamera ini ialah RM1049