Keikhlasan dan kasih sayang Erema untuk berkahwin dengan Seri Bayu, seorang penulis lirik sememangnya dikagumi ramai. Kecacatan yang menimpa Seri Bayu tidak menghalang cinta utuh milik mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga.
Sayangnya kini, Erema pula yang meminta cerai dari suaminya. Dilaporkan yang Erema sering dipukul oleh Seri Bayu sehingga cedera lebam-lebam. Dan yang paling malang, Seri Bayu tidak membenarkan Erema bekerja untuk mencari duit makan-minum.
Apa pendapat anda? Patutkah Erema minta cerai dari suaminya? Kata Erema perasaan sayangnya kini sudah bertukar menjadi kasihan sahaja. Kalau saya jadi Erema mungkin saya juga akan minta cerai. Masih muda dan saya rasa Erema dahagakan kasih sayang seorang lelaki sejati.
Mungkin Seri Bayu tak mampu nak berikan kasih sayang tersebut kepada Erema. Apa pendapat anda?