Kisah Seram Podcast Noktah Misteri Minggu Ini : Rumah Sewa ‘Jahanam’

Kehidupan

Kisah Seram Podcast Noktah Misteri Minggu Ini : Rumah Sewa ‘Jahanam’

Adat hidup menyewa, pasti ada saja cerita dan kisah yang mungkin dilalui oleh penyewa, tidak kiralah pengalaman suka duka ataupun yang menyeramkan.

Namun, apa yang terjadi pada wanita ini mungkin akan membuatkan ‘meremang’ bulu roma kerana dia ada berkongsi pengalaman tinggal di sebuah rumah sewa yang pernah menjadi tempat kes pembunuhan di mana mayat mangsa telah dikerat dan ditanam di belakang rumah tersebut.

Advertisement

 

Kata wanita yang dikenali sebagai Nazira ini, peristiwa seram mula dialaminya setelah dia dan suami menyewa di sebuah rumah yang agak besar namun yang peliknya, kadar sewa setiap bulan yang dikenakan tuan rumah sangatlah murah.

Enggan melepaskan peluang pasangan suami isteri itu bersetuju untuk menyewa kediaman tersebut tanpa menyedari kejadian-kejadian aneh yang bakal menimpa mereka berdua.

Mula Diganggu

 

 

Kata Fazira, mereka mula diganggu setelah genap hari ke-7 menetap di rumah tersebut di mana dia mula melihat bayangan seorang tua yang pendek dan memandangnya dengan tajam di depan pintu bilik.

Terkejut dengan situasi itu, Fazira segera mengejutkan suaminya yang tidur di sebelah dan kemudian kelibat tersebut seolah-olah terbang dibawa angin menuju ke dapur.

 

Malangnya, gangguan demi gangguan terus  berlaku sehinggakan di waktu siang di mana ketika Fazira mendakwa dia terdengar satu bisikan halus ketika membasuh pinggan di dapur.

Malah, dia pernah bermimpi seseorang dibunuh dan dikerat-kerat di rumah tersebut dan darah mangsa memenuhi dinding kediaman itu.

Katanya lagi, dia berulang kali bermimpi perkara yang sama dan ianya seolah-olah memberi ‘petunjuk’ mengenai satu tragedi yang sangat ngeri telah berlaku di rumah itu.

Siasat Sendiri

 

 

Fazira kemudiannya mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri mengenai ‘mimpi’ tersebut dan telah pergi ke belakang rumah serta menemui satu kawasan mendap seolah-olah pernah digali oleh seseorang.

Paling mengejutkan apabila dia mula terlihat percikan darah di dinding rumah,  sama seperti mimpi-mimpinya sebelum ini dan mula diganggu dengan bunyi tapak kaki berjalan di atap, di bilik dan dapur rumah selain bunyi cakaran di pintu.

Tidak tahan diganggu, pasangan suami isteri ini kemudiannya membuat keputusan untuk berjumpa seorang ustaz bagi merungkai segala misteri yang berlaku di rumah itu.

Ustaz itu kemudian meminta pasangan suami isteri ini untuk merenjiskan air penawar dan tiba-tiba sahaja ada satu bungkusan berisi ibu jari manusia jatuh di pintu hadapan.

Semenjak daripada itu, mereka berdua semakin kerap diganggu dan sering saja bermimpi perkara ngeri seperti jin, mayat dikerat-kerat, bau kemeyan dan sebagainya.

Ambil Keputusan Pindah

 

Setelah itu, Nazira dan suami akhirnya menemui jawapan dan rumah itu sebenarnya pernah didiami bekas bomoh serta pernah melakukan pembunuhan di rumah tersebut.

Maklumnya lagi, mereka sempat tinggal di rumah tersebut selama empat bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berpindah keluar.

Suka dengar kisah seram? Dengari podcast rasmi kami di aplikasi Spotify Noktah Misteri di mana setiap hari Khamis akan ada cerita seram akan dimuatnaik untuk anda.

Dan jika anda mempunyai cerita seram untuk dikongsikan dan diceritakan kembali oleh kami di Spotify Noktah Misteri, boleh ‘submit’ kisah anda di Facebook rasmi BeautifulNara.com.

podcast noktah misteri
2 years ago

Suka Dengar Kisah Seram? Ini Antara Sebab Kenapa 'Noktah Misteri' Mampu Menaikkan Bulu Roma Anda!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...