Kisah Seram Noura Al Taqaqa: Penyanyi Wanita Buat Persembahan Di Majlis Perkahwinan Jin Ifrit Berkaki Kambing

Kehidupan

Kisah Seram Noura Al Taqaqa: Penyanyi Wanita Buat Persembahan Di Majlis Perkahwinan Jin Ifrit Berkaki Kambing

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait era 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Kisahnya kembali diperkatakan apabila dikaitkan dengan pengalaman menyeramkan ketika membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan yang dipercayai melibatkan jin.

Difahamkan, Noura mempunyai kumpulan muzik wanita yang sering dijemput membuat persembahan di majlis perkahwinan di Kuwait. Pada suatu malam, dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang meminta kumpulannya membuat persembahan di majlis perkahwinan anak perempuannya.

Advertisement

Walaupun pada awalnya menolak kerana sedang bercuti, Noura akhirnya bersetuju selepas dipujuk. Mereka kemudian hadir ke sebuah rumah yang dihiasi dengan mewah dan disambut oleh wanita yang menghubunginya.

Kumpulan muzik itu membuat persembahan sehingga lewat malam sebelum diminta meneruskan lagi persembahan dengan bayaran tambahan. Namun keadaan menjadi pelik apabila salah seorang ahli kumpulan menyedari bayang-bayang hitam dan rupa kaki beberapa tetamu yang kelihatan seperti kaki kambing.

jinn wedding

Terkejut dengan keadaan tersebut, mereka segera melarikan diri. Lebih mengejutkan apabila rumah yang kelihatan mewah itu dikatakan berubah menjadi rumah usang apabila mereka berpaling ke belakang.

Selepas kejadian itu, Noura dilaporkan membatalkan semua tempahan persembahan dan memulangkan wang deposit kepada pelanggan. Tidak lama kemudian, dia dan kumpulan muziknya juga dikatakan hilang daripada perhatian umum.

jinn wedding

Seorang wartawan yang pernah menemu ramahnya mendakwa rumah penyanyi itu dipenuhi bau kemenyan dan ayat-ayat Al-Quran di dinding. Malah, keadaan Noura juga digambarkan semakin kurus berbanding sebelumnya.

Menurut cerita yang beredar, gambar yang diambil ketika majlis tersebut juga dikatakan tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah serta tangan tetamu yang hadir.

Kisah tersebut kemudian diadaptasi ke dalam filem di beberapa buah negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-03 14:02:32

(BAHAGIAN I) Tsutomu Miyazaki : Kes Pembun*han Lelaki Bertangan 'Syaitan' Yang Menggemparkan Jepun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...