Kisah Seram Di RnR Lebuhraya Utara Selatan Pada Tahun 1990-an

Trending

Kisah Seram Di RnR Lebuhraya Utara Selatan Pada Tahun 1990-an

Apa yang aku kongsikan kat sini adalah kejadian yang diceritakan oleh kawan aku yang berlaku kepada arwah pakciknya sendiri dan diceritakan semula oleh isteri si arwah.

Kawan aku berasal dari Penang (seberang Prai) tapi ramai ahli keluarga, sedara mara dia berhijrah luar dari Penang dan dia sendiri berhijrah ke Melaka kerana ikut abah dia yang bertugas di Penjara Melaka.

Advertisement

Kejadian ini berlaku pada masa cuti sekolah dan ketika itu arwah, isteri & seorang anak (masih bayi masa tu) bersama-sama saudara mara yang lain menghadiri satu majlis perkahwinan di Penang.

Info yang aku dapat, ada 3 buah kereta termasuk kereta arwah ini yang ikut dalam konvoi tu.

Perjalanan dorang bermula dari Melaka kemudian singgah di Kuala Selangor untuk mengambil 2 orang lagi sedara yang tinggal di situ.

Memandangkan perjalanan bermula agak lewat, dah tentu lah dorang akan lalu lebuhraya pada waktu malam.

Perjalanan mereka pada mula memang tiada masalah hinggalah salah sebuah dari kereta mereka memberi isyarat untuk berhenti makan di RnR yang biasa terdapat di lebuhraya.

Ketika itu, mereka ini baru je melepasi RnR tapah.

Pada ketika itu juga, arwah ada suarakan pada isterinya..

“Jauh lagi lah nampaknya kalau nak berhenti makan. Mana ada lagi RnR lepas ni”, kata arwah.

“Takpelah bang, jap lagi kita boleh berhenti kat hentian tepi je. Bukan nak makan berat-berat pun. Setakat makan buah pun jadi la”, jawab isteri (makcik kawan aku).

“Mmm… ikutlah”, jawab arwah pulak.

Perjalanan diteruskan hinggalah mereka ternampak sebuah RnR yang besar dan ramai orang.

2 buah kereta yang di depan terus masuk ke susur RnR tu untuk berhenti makan & rehat.

Tapi masa tu arwah agak teragak-agak untuk ikut sekali sebab mungkin masa tu dia tak lapar dan dia rasa agak pelik sikit dengan keadaan RnR tu.

Memandangkan 2 buah kereta yang lain dah menuju ke parking kereta, nak tak nak arwah pun berhentikan kereta.

“Awak nanti jangan makan tau. Minum je takpe”, kata arwah pada isterinya.

“Eh, kenapa pulak bang.”,kerut dahi isterinye bertanya.

“Alah,ikut jelah. Nanti abg bagitau sebabnya”,jawab arwah.

Pemandu dan penumpang dalam 2 buah kereta yang lain memang duduk makan kat situ tanpa ada musykil apa-apa.

Mereka tak duduk lama kat situ bila kenangkan perjalanan yang masih jauh. Adalah agak-agak 1/2 jam bertapa kat situ dan kemudian masing-masing sambung balik perjalanan menuju ke utara.

“Hah, kenapa abang tak bagi saya makan tadi?”, tanya makcik member aku.

“Eh, awak ni. Tak perasan ke tadi? Dalam ramai-ramai orang kat RnR tu, ada awak perasan kereta lain kat RnR tu selain kereta kita 3 buah. Logik ke, orang ramai tapi tiada kereta ke, bas ke, motor ke.”

“Lepas tu, pakaian orang-orang kat situ selain dari kita semuanya seakan-akan sama kan. Lagi satu, perasan tak pelayan kat RnR tu terutamanye perempuan, semua muka dorang hampir sama. Tak pelik ke tu?”, terang arwah pada isterinya.

Masa ini barulah makcik kawan aku ni perasan.

Patutlah, awal-awal lagi arwah macam teragak-agak nak berhenti kat RnR tu. 2 buah kereta lagi dah laju di depan meninggalkan dorang 3 beranak ni.

“Betul lah bang. Baru saya perasan”, sambung sang isteri.

“Hah,lagi satu. Kalau awak sempat paling lepas kita keluar dari RnR tu, awak boleh nampak tempat tu gaung sebenarnya. tengok je lah sekarang, kita kat bukit kan?”, jawab arwah plak.

Meremang bulu roma makcik kawan aku masa tu bila dengar penjelasan dari arwah suami dia.

2 buah kereta kat depan terus je pecut, mungkin nak cepat sampai sedangkan arwah tetap dengan pemanduannya yang agak perlahan masa tu (dalam 100km/j).

Tiba-tiba………………….

Dengan tak pasal-pasal, enjin keta arwah mati.

Masa tu kereta hampir menghala ke terowong tol Jelapang.

“Allahuakbar, kenapa lak kereta ni?”, arwah merungut kecil.

Isterinya nampak gelabah masa tu sebab 2 buah keta yang lain dah jauh ke depan.

“Awak tunggu je dalam kereta. Jangan keluar ke mana-mana. Saya nak tengok apa yang tak kena dengan enjin keta ni”, arwah mengarah isterinya.

“Abang jangan lama-lama tau”, jawab isteri yang mula rasa tak sedap hati.

“Yelah….yelah…. awak duduk je dalam kereta”, kata arwah lagi sambil membuka pintu keta.

Bonet depan dibuka, arwah cuba tengok untuk tahu apa masalah pada enjin kereta dia.

“Awak tunggu jap, saya nak pergi carik air. Radiator dah kering airnya ni”, laung arwah pada isteri yg duduk dalam keta.

“Nak cari air kat mana bang?. Ni kawasan bukit ni”,jawab sang isteri.

“Alah, pandai-pandailah abang nanti”, jawab arwah sambil memegang botol kosong yang diambil dari bonet belakang.

Makcik kawan aku kata, masa tu memang tiada kereta yang lalu.

Sesekali adalah lori treler yang lalu. Tak kan nak tahan kan. Kalau tahan pun, tak mungkin lori treler akan berhenti sebab takut menggelungsur ke bawah bukit.

Agak lama jugak makcik kawan aku ni tunggu suami dia.

Tiba-tiba……………….

“Bam!!Bam!!”

“Mak!!”, jerit sang isteri pasal terlalu terperanjat bila dengar ada bunyi yang kuat di atas bumbung kereta seolah-olah bunyi buah kelapa jatuh.

Anaknya yang kecil turut menangis terperanjat.

Makcik kawan aku ni mula gelabah.

Untungnya , telefon arwah suami dia ditingglkan atas dashboard.

Dia capai henpon tu dan hubungi salah seorang sedaranya yang dah jauh di depan.

“Halo, korang kat mana tu”, sang isteri mula bersuara.

“Kitorang baru lepas terowong ni”, jawab suara dalam henpon tu.

“Macam ni, kereta abang rosak tepi jalan ni. Abang pulak pegi carik air. Katanya radiator kering. Akak nak buat apa sekarang ni. Ada benda hempap atas bumbung kereta tadi ni. Akak takut la”, jawab sang isteri lagi.

“Akak jangan kuar kereta. Tunggu je dalam kereta. Nanti kitorang hubungi peronda. Tunggu tau, jangan keluar kereta”, jawab suara dalam telefon lagi.”

“Ok2…”, jawab sang isteri.

15 minit kemudian, peronda lebuh raya dengan polis sampai.

“Tenang sikit hati”, kata makcik kawan aku masa tu.

“Puan ok ke? Kenapa berhenti tepi jalan ni? Kereta rosak ke?”, tanya seorang peronda polis.

“Kereta ni tiba-tiba mati tadi. Suami saya tengah pegi carik air. Dia kata radiator kering. Lepas tu tadi saya dengar ada bunyi yang jatuh atas bumbung kereta ni. Ada apa-apa ke akat atas bumbung ni encik?”, soal sang isteri.

“Tiada apa-apa pun puan. Takpela, puan boleh kuar dari kereta sekarang. Nanti kitorang tolong cari suami puan”, jawab peronda polis tu pulak.

“Baiklah. Minta tolong ye encik, carikan suami saya. Tadi dia pergi ke arah gaung tu tadi. Cari anak sungai agaknya”, kata sang isteri lagi.

Gerakan mencari arwah bermula.

Masa tu kata makcik kawan aku ni, peronda tu cuma ada 4 orang aje (2 peronda lebuh raya, 2 lagi peronda polis). Agak dah setengah jam mencari tak jumpa, peronda-peronda tu berpatah balik ke arah kereta dorang.

“Takde lah puan. Tapi puan jangan risau, saya akan buat laporan pada ibu pejabat”, kata peronda polis.

Sambil-sambil tu, peronda lebuh raya masih lagi cuba mencari di sekitar kereta pulak.

“Cuba buka bonet belakang kereta ni”, arah salah seorang peronda lebuh raya tu.

“Papp…”, Bonet terbuka.

“Encik, mari sini kejap”, peronda tu memanggil salah seorang peronda polis tu.

“Hah, ada apa ni?”, tanye polis tu.

“Ini encik”, peronda lebuh raya tu menunjukkan sesuatu di dalam bonet kereta. Polis tu cuma mengangguk kepala je, kemudian berjalan ke arah makcik kawan aku yang tengah tunggu kat kereta peronda tu.

“Puan, banyakkan bersabar ye. Suami puan disahkan tiada lagi”, kata polis tu.

“Apa??!!!”, air mata sang isteri mula meleleh dan kemudiannya terus dia meraung tanda faham apa yang disampaikan oleh polis tu.

Kemudian, sebuah trak polis & lori tunda sampai untuk settlekan masalah tu.

Melalui polis tu, kepala arwah hampir putus dan hanya tinggal secebis daging sebesar jari untuk memisahkan kepala dengan badan.

Kenduri kahwin yang dorang patut hadir disatukan sekali ngan kenduri arwah.

Dan sampai sekarang makcik kawan aku tu tak tau punca kematian/ape yang membunuh arwah suami dia.

Cuma yang pelik, macam mana pulak jenazah arwah boleh ada dalam bonet kereta sedangkan selama dia duduk dalam kereta tu, tiada pulak bunyi bonet dibuka atau ditutup.

Bila aku dengar cerita ini dari kawan aku, rasanye misteri ini tak jauh beza dengan kejadian yang terjadi kat Karak.

Sumber : ikhwan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...