Kisah Sedih Kak Long Ini Bawa Pengajaran, Jika Cinta, Jangan Malu Untuk Meluahkan

Trending

Kisah Sedih Kak Long Ini Bawa Pengajaran, Jika Cinta, Jangan Malu Untuk Meluahkan

Kak Long aku ini umur dah 34 tahun. Abang-abang and kakak-kakak aku yang lain semua dah beranak pinak. Tapi dia tak kahwin-kahwin lagi.

Tapi ada benda aku kagum kat Kak Long. Kak Long aku ini seorang yang tabah.

Advertisement

Kak Lang aku yang cerita tentang ini kepadaku, itu pun selepas aku mendesak ingin tahu. Peliklah, kenapa Kak Long tak kahwin-kahwin?

ebietgade

Dulu semasa Kak Long berumur 22 tahun Kak Long ada suka seseorang. Pertama kalilah dia suka lelaki. Selama ini dia fokus pada keluarga, pelajaran dan kawan-kawan sebab dia jenis tak biasa dengan lelaki. Masa itu dia tahun kedua di universiti. Dia tak luah sebab lelaki itu senior jurusannya. Sampai Kak Long habis belajar, masa itu Kak Long berumur 24 tahun. Kak Long hendak sambung peringkat sarjana di UK, masa itu umur Kak Long dah 25 tahun. Selepas itu, dua bulan sebelum dia terbang ke UK, dia minta Abah dengan Mak pinangkan lelaki itu untuk dia.



Mak tak nak! Mak malu katanya kalau kena tolak.

Tapi Abah sudi tolong Kak Long.

Kakak-kakak aku yang lain pun okay sebab kasihan pada Kak Long simpan perasaan dia.

Mak beriya larang, dia tak nak Abah pergi juga, sampai bergaduh Mak dengan Abah.

Lepas itu Kak Long kata, tak apalah. Lupakan saja . Dia tak nak sebab kisah cintanya, Mak dengan Abah bergaduh. Kak Lang kata dia tahu Kak Long kecewa sangat. Sebab lepas itu Kak Long terus masuk bilik dan tak buka pintu sampai esok walaupun sepatutnya Kak Ngah sebilik dengan dia.

Selepas tu Kak Long pergi belajar di UK. Dia ada ambil seorang anak angkat sebab nak hiburkan hati dia seorang diri di sana nanti. Selepas itu masa bulan puasa Kak Long balik Malaysia. Masa itu umur Kak Long dah 26. Kak Ngah aku dah ada anak satu masa itu. Dan abang aku dah bertunang dah. Mak tanya Kak Long tak nak kahwin ke ? Kak Long senyum saja. Kak Lang kata dia tahu Kak Long kecewa.

Abah aku jumpa Kak Long. Tanya nak tak kalau Abah pinangkan lelaki itu untuk Kak Long ? Kak Long geleng. Dia dah redha. Yang penting Abah tak gaduh dengan Mak. Masa tu Mak terdengar dan dia rasa bersalah dengan Kak Long.

Masa raya ketujuh macam tu, Mak jumpa semua orang. Semua adik-beradik kami. Tanya tentang Kak Long. Semua setuju pergi pinangkan lelaki tu. Jadi Mak aku terpaksa beralahlah walaupun dia malu sebenarnya.

Kami pergi rumah lelaki tu. Pergi sampaikan hasrat Kak Long yang dah lama terpendam. Keluarga lelaki tu baik. Dan dia tolak pinangan Kak Long sebab dia kata lelaki tu akan kahwin hujung bulan ini.

Setelah balik Abah yang jumpa Kak Long. Abah pujuk Kak Long. Dia tak menangis siap boleh tersenyum lagi. Dia kata, Abah jangan sedih kalau Along tak kahwin. Mungkin Allah nak Along jaga Abah dan Mak. Kumpul duit banyak-banyak bawa Abah dan Mak jalan-jalan. Allah nak bagi Along pahala banyak sangat, bah. Jangan sedih ya.. Along sayang Abah.

Abah aku menangis masa peluk Kak Long. Adik-beradik aku yang tengok masa itu semua menangis termasuk Mak.

Seminggu kemudian. Lelaki itu telefon Kak Long. Tak tahu dari mana dia dapat nombor telefon Kak Long tapi dia nak jumpa Kak Long.

Lepas dia jumpa lelaki tu, Kak Lang kata kali pertama dia nampak Kak Long MENANGIS teresak-esak Dia terus peluk Mak nangis teresak-esak. Dia tak boleh bercakap sampai semua orang jadi takut. Abah terdiam. Mak hanya sapu belakang Kak Long sambil Mak pun menangis.

“Kenapa Mak? Kenapa semua ini terjadi pada Along?”

Itu saja Kak Long cakap dari awal. Mak menangis saja. Lepas dah reda, baru Kak Long buka cerita.

Lelaki itu jumpa Kak Long. Dia tanya, sejak bila Kak Long sukakan dia? Kak Long cakaplah dah lama. Masa zaman belajar. Lepas itu lelaki itu tanya macam mana sambung sarjana, okay tak? Dia kata anak angkat Kak Long comel. Nama dia Tasya, kan? Umur dua tahun, kan?

Kak Long terdiam. Lepas itu dia pelik macam mana lelaki itu tahu semua tentang Kak Long sedangkan Kak Long tak pernah berhubung dengan dia. Rupanya dia kata dia suka Kak Long masa dia ternampak graduasi Kak Long. Kak Long sama batch dengan adik dia and Kak Long tak tahu pun tentang itu. Lepas tu dia ada cuba nak dapatkan Kak Long tapi dia takut Kak Long tak suka dia, apatah lagi bila dia tahu Kak Long hendak sambung belajar. Jadi dia fikir Kak Long mungkin telah ada perancangan hidup sendiri. Dia merasakan tiada jodoh dengan Kak Long jadi dia lupakan Kak Long dan cari wanita lain.

Dia tak sangka Kak Long sukakan dia dah lama. Dia terkejut bila ibu bapa dia beritahu Kak Long telah datang untuk pinang dia. Dia nak batalkan perkahwinan dia pun tak boleh.

Mak paling rasa bersalah. Kalaulah sebelum Kak Long pergi ke UK Mak tak berdegil mesti Kak Long dah kahwin dengan lelaki itu. Tapi sebab Mak malu sangat, akhirnya Kak Long melepas. Tapi itu jodoh . Tapi smpai sekarang Mak tak pernah sebut tentang jodoh di hadapan Kak Long. Sebab Mak rasa bersalah dengan Kak Long.

Kak Long reda. Sejak hari itu hati Kak Long tak pernah terbuka untuk sesiapa. Ada saja orang yang pinang, tapi dia kata dia tak nak menghukum orang lain. Dia tak nak menipu orang lain sedangkan hatinya memang tak boleh terima sesiapa. Dia kata bukan tak terima takdir, tetapi takdir dirinya mungkin dah tertulis seperti ini.

Anak angkat Kak Long pun dah besar. Sampai Kak Long dah ambil tiga orang lagi anak angkat dan aku tengok Kak Long bahagia dengan anak-anak dia. Amin, ya Allah.. kau berikanlah kebahagian untuk Kak Longku. Dia selalu reda dengan takdirnya sehingga kadang kala kami sendiri tak pasti adakah dia tak pernah rasa penat dengan hidup ini?

Sesungguhnya bukan wajahnya sahaja cantik, tetapi akhlak, sikap dan sifatnya juga cantik.

Masa aku dengar cerita ini berjurai airmataku.-amazingnara.com

Sumber: Luahan UM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...