Kisah Sedih Isteri Hantar ‘Perjalanan Akhir’ Suami Atas Usungan Ambulans

Trending

Kisah Sedih Isteri Hantar ‘Perjalanan Akhir’ Suami Atas Usungan Ambulans

Setiap manusia ada rintangan dan dugaan tersendiri yang perlu dilalui. Ada kalanya kita terasa diri kita susah dan sukar, namun sebenarnya sentiasa ada orang lain yang lebih besar dugaannya dari kita. Kisah berikut ialah mengenai seorang wanita yang terpaksa menghantar suaminya dalam ‘perjalanan akhir’ dengan terbaring atas usungan ambulans.

Suami wanita itu yang merupakan seorang guru telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya Sabtu lepas. Kemalangan itu juga menyebabkan kecederaan parah pada isterinya, akibatnya wanita itu terpaksa menjalani pembedahan.

Advertisement

Bagaimanapun, walaupun masih terbaring atas usungan, isteri itu masih menghantar jenazah suaminya ke tanah perkuburan untuk dikebumikan semalam (Ahad).

13078176_1297051920309693_669908186_o13106559_1297051893643029_1084742192_o

Ini ialah cerita mereka, seperti yang diceritakan oleh anak saudara mangsa, Ummi Najihah:

Assalamualaikum, saya hanya ingin bercerita tentang kejadian kemalangan pada hari Sabtu lepas 23/4/16 pada jam lebih kurang 5.05 petang.

Ini kisah Acu & Paksu sy. Mereka terlibat dlm kemalangan jalan raya di KM394.2 (U) (Tapah- Tanjung Malim) atau lebih dikenali di lebuh raya Slim River.

Kejadian berlaku apabila 1 treler kontena terbabas dan telah melintang ke arah lorong laju arah Utara & Selatan. Akibat kejadian, kereta Acu saya telah melanggar kontena tersebut yang berada di lorong jalan laju. Paramedik mengesahkan pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami kepada Acu saya, Zul Haizal Asmar Marzuki (Paksu), 34 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Isterinya Rafidah Othman (Acu) cedera parah pada bahagian kaki dari paha sehingga tulang keting. Dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di bawah Unit Rawatan Rapi (URR)
(dipindahkan dari Hospital Slim River)

Di dalam kereta bersama sekali ibu kepada arwah dan 3 orang anak anak nya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


13101206_1297052120309673_1027184290_n

13082125_1297052103643008_148130929_n

Ibu arwah mengalami kecederaan pada pinggang, dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
(dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang pertama Nur Zahra Iffah, 6 tahun mengalami keretakan tengkorak di mana terdapat 3 tulang yang retak, di sebelah mata, dan tulang pada belah kanan pipi. Memerlukan dana untuk pembedahan. Dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh di bawah URR.
(dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang kedua, Nur Zafeerah Husna, 3 tahun mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kepala akibat hentakan. Dirawat di Hospital Permasuri Bainun, Ipoh.
(dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang ketiga, Muhd Zumar Harith, 1 tahun 3 bulan yang berada pada riba ibunya (Rafidah) tidak mengalami sebarang kecederaan. Dijaga oleh waris yang terdekat buat sementara waktu.

Di sini saya sebagai saudara kepada mangsa ingin berkongsi kesayuan bila mengenangkan nasib seorang isteri yang sudah lama tiada ibu dan ayah, dan sekarang kehilangan suami yang tercinta, mengenang nasib anak-anaknya yang masih kecil dan dirawat.

Pada hari Ahad 24/4/16 di mana kami sekeluarga (adik beradik Rafidah & adik beradik arwah Zul Haizal) ingin mengebumikan arwah, isterinya Rafidah masih tidak tahu status suaminya yg telah meninggal kerana isterinya masih dalam rawatan. Pada pagi Ahad, Rafidah mula sedar selepas pembedahan. Pada pukul 9 pagi abang & kakak Rafidah memberitahu bersama doktor pakar di dalam bilik IRR mengenai suaminya yang telah tiada, dan bertanya sama ada Rafidah ingin melihat suaminya dikebumikan atau tidak. Rafidah dalam keadaan sangat terkejut, sedih dan hiba, menyatakan yang dia ingin melihat suaminya kali terakhir. Terlalu sedih mengenangkan nasib beliau yang tidak dapat menggerakkan kaki akibat cedera parah dan mempunyai hanya satu tempat pergantungan dalam hidupnya iaitu  suaminya sahaja setelah kematian ibu & ayahnya.

Dua ambulans (isteri dan ibu arwah) bergerak sekali daripada Hospital Slim River ke kampung Rafidah di Sri Mariah, Batu Gajah, Perak, tempat jenazah dikebumikan. Tetamu yang hadir melihat arwah begitu ramai sekali.

Semasa ketibaan dua ambulans, tetamu semua melihat satu peristiwa yang sangat menyentuh hati. Isterinya diturunkan hanya pada pintu ambulans sahaja kerana pembedahan yang dijalani beliau masih tidak cukup 24 jam. Jenazah diangkat mendekati si isteri bagi penghormatan si isteri untuk arwah suami. Jenazah suami diiringkan sedikit untuk memudahkan isteri mengucup dahi suami buat kali terakhir.

Sayu rasanya melihat peristiwa seperti ini, tetamu yang mengerumuni mereka turut menangis hiba mengenangkan nasib seorang isteri yang tidak berupaya melihat jenazah suaminya. Dua orang anaknya didekatkan pada ibunya (Rafidah) untuk ibunya mengucup anak-anak nya itu. Sayu lagi keadaan melihat ibu & anak-anaknya menangis.

Hanya Allah sahaja tahu perasaan seorang ibu yang bergelumang dgn 1001 perasaan sedih di hati.

Moga syurga buat mu paksu.

Al Fatihah.

Ummi Najihah

Semoga isteri arwah tabah menghadapi segala rencana Allah yang telah lama diaturkan. Minta jasa baik semua untuk mendoakan anak pertamanya yang masih kritikal di Unit Rawatan Rapi, dan doakan jua agar isteri arwah mendapat kekuatan yang berterusan dan berpanjangan.

Hati-hatilah memandu. Ummi Najihah tidak mahu menyalahkan mana mana pihak, tetapi cukuplah bagi pengajaran untuk semua yang membaca. Semoga Allah merahmati dan melebarkan rahmat kasih sayang-Nya buat keluarga arwah, dan semoga Allah meletakkan arwah Paksu yang terkenal dengan sifat baiknya dalam kalangan orang beriman. Semoga roh Zul Haizal Asmar dicucuri rahmat Allah yang Esa. Dia yang maha berkuasa ke atas ciptaanNya.-amazingnara.com

13106656_1297052250309660_1229648355_o13105815_1297052193642999_191751179_o

13090354_1297052163643002_955090123_n

13081849_1297052143643004_40163694_n

13078192_1297051853643033_481803553_o 13101172_1297051840309701_1720326308_n

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

7 Comments

  1. ...

    April 25, 2016 at 10:12 pm

    Al-Fatihah..takziah buat fmly terbabit…sesunguhnya Allah lebih menyayangi
    Arwah..

  2. aishah

    April 25, 2016 at 4:09 pm

    inalillahhhh, takziah buat keluarga ini,semoga saudari tabah menghadapi dugaan allah ini..saya simpati atas kejadian yg menimpa keluarga ini..al-fatihah

  3. nana

    April 25, 2016 at 3:04 pm

    Kepada admin amazing nara,

    Saya mohon jasa baik anda untuk membuang gambar arwah semasa kemalangan teruatamanya gambar no 4. Saya kira orang Malaysia masih tidak sensitif terhadap isu-isu sebegini, Jagalah hati isteri, anak-anak mangsa. Apakah jika ianya terjadi kepada ahli keluarga kita, maka kita berbangga untuk berkongsi gambar sedemikian kepada umum?

    • serenity

      April 25, 2016 at 4:18 pm

      Gambar tersebut memang diberikan kepada kami untuk disiarkan oleh ahli keluarga mangsa. Itu pun ada beberapa gambar kami tak letakkan.

  4. Anonymous

    April 25, 2016 at 3:03 pm

    alfatihah…

  5. Pingback: KISAH SEDIH ISTERI BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA SUAMI ATAS USUNGAN AMBULANS - AMMBOI DOT COM : AMMBOI DOT COM

    • ummi

      April 25, 2016 at 4:42 pm

      Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun.. semoga Allah beri kpd arwah keampunan masukkan nya ke dlm golongn mukmin solehin,
      Semoga Allah mudahkan & beri kekuatan, keampunan atas kesabaran serta musibah buat klrga arwah serta dibalas & gantikan dgn sbnyk2 kebaikan,.
      juga Semoga Allah beri keampunan & hidayah buat kita semua. Aamin