Kisah Sebenar Penyanyi Lagu Menanti Kekasih, Dipercayai Meninggal Akibat Pengambilan Ubat Berlebihan

Kehidupan

Kisah Sebenar Penyanyi Lagu Menanti Kekasih, Dipercayai Meninggal Akibat Pengambilan Ubat Berlebihan

Sesetengah idea pembuatan lagu kebanyakannya diperoleh daripada sesuatu yang terinspirasi ataupun pengalaman daripada seseorang. Untuk meluahkannya, mereka akan mengabadikannya dalam bentuk lagu supaya didengari oleh orang ramai.

Penyanyi Alda Risma yang popular dengan lagu ‘Aku Tak Biasa’ mungkin tidak begitu dikenali di Malaysia namun namanya sudah cukup dikenali di negara Indonesia ditambah dengan kisah lagunya yang dikatakan berhantu iaitu ‘Menanti Kekasih’.

Advertisement

Kalau korang dengar lagu ini dan memperhatikan liriknya ia boleh dikatakan suatu luahan kekecewaan daripada sang kekasih terhadap pasangannya.

Menerusi laporan Odisi.my, Alda Risma telah meninggal dunia pada Disember 2006 dan terdapat pelbagai spekulasi yang timbul selepas lagu ini dihasilkan dan salah satunya ialah polis menemui mayat Alda Risma di sebuah hotel tiga hari selepas lagu ini dihasilkan.

Meninggal kerana dibunuh?

Menerusi Riau Aktual, dikatakan punca kematiannya disebabkan overdose barang terlarang kerana terdapat beberapa barang dan peralatan yang ditemui seperti alat suntik, ubat penenang, botol infus dan beberapa jenis ubatan berbentuk kapsul.

Walau bagaimanpun, Alda Risma meninggal dunia dipercayai disebabkan keracunan psikotropik yang membuat mayatnya mengeluarkan buih dan darah.

Sumber : Riau Aktual

Namun, setelah disiasat Alda dipercayai dibunuh oleh kekasihnya sendiri sewaktu mereka bersama pergi ke sebuah hotel. Hasil siasatan forensik mendapati Alda Risma sudah tujuh hari meninggal dunia daripada tarikh mayatnya ditemui.

Dikatakan ibunya dimaklumkan oleh Alda yang dia dilayan kasar oleh teman lelakinya.

“Aku dipukul, ditampar, ditumbuk bahagian mukaku, aku tidak rela, aku tidak ada salah apa pun, aku diancam, aku dianiaya” 

Itulah yang dikatakan oleh Halimah, ibu Alda Risma sambil melakonkan semula bagaimana anaknya meluahkan semuanya terhadapnya. Ibunya berasa kecewa kerana orang yang selama ini dia percaya iaitu kekasih anaknya sanggup berbuat sedemikian terhadap anaknya.

Alda sempat menulis surat sebelum meninggal dunia

Sementara itu, menerusi laporan grid.id peguam kekasih Alda menyatakan Alda sempat membuat surat kenyataan yang menyatakan dia tidak pernah diseksa oleh kekasihnya dan kenyataan tersebut sudah dibuat setahun sebelum Alda meninggal dunia.

Surat yang tertulis pada Oktober 2005 menyatakan Alda mengaku bahawa dia pergi bersama kekasihnya bukan kerana paksaan dan mengaku kekasihnya tidak pernah menyeksa dirinya seperti yang dinyatakan oleh ibunya.

Sumber : Grid.id

Tujuan surat itu ditulis sebagai langkah berjaga-jaga untuk menafikan tuduhan sang kekasih melarikan Alda. Peguam tersebut juga menyatakan hubungan Alda bersama ibunya juga bukan dalam keadaan yang baik dan hal itu dipercayai menjadi salah satu punca Alda meninggalkan rumah dan ikut kekasihnya.

Disebabkan keluarga Alda curiga dengan kekasihnya, maka kekasihnya mencadangkan supaya Alda membuat pernyataan bertulis yang ditanda tangani oleh dua orang saksi yang tidak didedahkan identiti bahawa dia pergi bersama dirinya atas kehendak diri sendiri dan bukan paksaan.

Peguam tersebut juga mendedahkan yang Alda bersama kekasihnya mempunyai tabiat menyuntik ubat tidur antara satu sama lain dan hal itu menyebabkan Alda meninggal dunia kerana overdose ubatan lain.

Saman terhadap kes pembunuhan dibatalkan

Sewaktu proses penghakiman, kekasih Alda sempat disaman atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang, namun tuduhan itu batal dan dia hanya didakwa atas perbuatannya iaitu membahayakan nyawa seseorang yang menyebabkan kematian. Oleh itu, dia dihukum penjara lapan tahun dan bebas pada Mei 2011 setelah mendapat pengampunan selama 19 bulan dari masa penahanan.

Sumber : Hot.grid.id

Pun begitu, dia juga sempat menyatakan apa yang terjadi terhadap kekasihnya Alda itu sudah menjadi takdir.

“Mungkin sudah suratan takdir” – Kekasih Alda

Lagu Menanti Kekasih dikatakan berhantu

Memetik laporan mforum1, ada yang mengatakan ketika lagu ini dirakam, Alda dalam keadaan sedih dan kecewa disebabkan teman lelakinya yang curang dan dipercayai berlaku pergaduhan antara Alda dan kekasihnya di hotel tersebut.

Pengurus Alda mengesahkan lagu tersebut tidak tahu dari mana datangnya memandangkan penulis lirik dan komposer lagu itu juga tidak diketahui dan menjadi persoalan orang ramai.

Apa yang membuat orang ramai menggelarnya lagu berhantu ialah terdapat suara seseorang ketawa pada bahagian tengah dan akhir lagu tersebut yang dipercayai suara itu milik Alda Risma. Bukan itu saja, suara mengilai juga turut didengar seakan-akan suara kuntilanak.

Jika diteliti lirik lagu tersebut memang agak menyeramkan.

Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi di atas pohon
Kubiarkan rambutku
Terurai

Tanpa kaki, kelelawar
Anjing dan bulan purnama
‘Ku menanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku?
‘Ku menanti kau di sini
Ayo mati bunuh diri
Biar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu…

Dikhabarkan juga lagu ini memang menyeramkan sehingga ia pernah diharamkan untuk masuk ke saluran radio suatu masa dahulu.

Sesiapa yang nak dengar lagu ini, korang dinasihatkan jangan dengar bersendirian sebab lagu ni memang seram..

Sumber : Odisi.my, Riau Aktual, Hot.grid.id, Grid.id, mforum1

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...