Kisah Penutupan Safari Lagoon, Taman Tema Air Rooftop Pertama Di Malaysia

Trending

Kisah Penutupan Safari Lagoon, Taman Tema Air Rooftop Pertama Di Malaysia

Tahukah anda tentang kisah penutupan Safari Lagoon Water Park iaitu taman tema air pertama di Malaysia yang dibina di atas bumbung? Ia dibuka pada tahun 1998. Mungkin ada yang tahu mungkin ada juga orang yang tidak tahu pasal kewujudan taman tema air ini. Ia juga merupakan taman tema air ketiga terbesar di Asia Tenggara. Kos perbelanjaannya juga dikatakan menelan sebanyak 28 juta.

Safari Lagoon Water Park ini terletak di Pandan Perdana, dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) untuk arah Cheras ke Ampang anda boleh lihat ada sebuah bangunan yang tertera tulisan Pasaraya Econsave. Kedudukan taman tema air ini adalah di tingkat 7 bahagian atas bangunan yang menempatkan shooping mall di bahagian bawahnya iaitu Pandan Safari Shopping Complex. Taman Tema air ini dianggap unik pada waktu itu kerana ia dihiasi dengan tumbuhan hijau dan juga terdapat patung zirafah yang menjenguk dari atas bangunan itu.

Advertisement

Safari Lagoon Water Park mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai. Tetapi sebenarnya Safari Lagoon telah beroperasi tanpa kebenaran selama 8 tahun. Pada tahun 2005, ia telah diarahkan tutup oleh Majlis Perbadanan Ampang Jaya. Namun begitu, ia masih terus dibuka kepada orang awam sehingga berlakunya satu tragedi ngeri pada tahun 2007.

Disyaki, seorang pekerja taman tema itu telah dilaporkan MATI LEMAS akibat terperangkap dalam peyedut air tekanan tinggi sewaktu ingin membantu mendapatkan barang pengunjung yang tertinggal di dasar kolam.

Pada waktu dulu taman tema ini mempunyai beberapa bahagian permainan air seperti kolam ombak buatan, kolam kanak-kanak, sungai buatan, kolam luncur air dan banyak lagi.

Selepas kejadian tersebut, Safari Lagoon terus ditutup kepada pengunjung. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan masih cuba untuk membangunkan tempat tersebut dengan membina sebuah restoran iaitu “Anjung Kayangan Steamboat & Seafood Restaurant” namun perniagaan tersebut tidak mendapat sambutan dan terpaksa ditutup. Bukan sahaja Safari Lagoon Water Park yang terkubur sepi namun Pandan Safari Shopping Complex juga turut menerimma nasib yang sama bila mereka juga mengakhiri perniagaan pada tahun 2015. Kini masih tiada berita untuk pembangunan semula kawasan tersebut.

Sumber : Oh Sempoi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...