Memiliki fizikal yang tidak sempurna seperti manusia lain tidak menghalang seorang lelaki dari Indonesia ini mencari rezeki untuk meneruskan hidup.
Pak Setu, 50 mempunyai semangat yang cukup kuat dan luar biasa demi menampung keluarganya walaupun mempunyai fizikal yang tidak sempurna seperti orang lain.
Setiap hari beliau perlu menempuh perjalanan selama 1 jam 30 minit dari Jatiyoso (Karanganyar) ke Solo untuk menjual belon.
Untuk menjual belon, beliau perlu merangkak berjalan menggunakan tangannya yang digalas dengan selipar bagi menjual mainan bola belon sepanjang perjalanan yang perlu ditempuhinya.
“Setiap manusia itu sudah diberi kekuatan untuk berusaha mas, dan setiap manusia itu sudah Allah kasih rezekinya masing-masing”. – Pak Setu-
Seorang blogger makanan @thoryc.id menceritakan kisah Pak Setu Di Instagramnya. Beliau adalah seorang lelaki yang kuat berusaha demi mencari wang untuk keluarganya.
Beliau tidak pernah merayu apatah lagi meminta simpati dari orang, sebaliknya memikul mainan tersebut di belakang badannya sambil merangkak untuk menjualnya setiap hari.
Hasilnya kadang tidak menentu, kadang-kala belon yang harganya 10,000 rupiah boleh habis dalam masa sehari, dan kadangkala hanya laku beberapa biji sahaja.
Saat malam tiba dan jualannya belum habis, Pak Setu akan memilih untuk tidak pulang sebalikya bermalam di sebuah masjid di Kota Solo.
Inilah kisah Pak Setu yang sangat kuat berjuang untuk mencari rezeki. Kita juga tidak boleh mengeluh dan terus berusaha walaupun banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui dalam hidup.