Ramai manusia sekarang mempunyai belah kasihan terhadap haiwan seperti kucing dan anjing terbiar yang memerlukan makanan dan minuman. Bantu haiwan ini dapat memudahkan rezeki kita sebagai manusia.
Tidak terkira betapa besar ganjaran pahala yang diraih dengan berbuat baik kepada haiwan-haiwan ini.
Seperti perkongsian oleh Azman Ali yang tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki penjaga parkir kereta yang sanggup menghabiskan separuh gajinya bagi memberi makan kepada kucing dan anjing liar tanpa jemu.
Dia tidak sanggup meninggalkan haiwan-haiwan itu kerana setiap hari selama betahun-tahun kucing dan anjing itu akan setia menunggunya walau dalam basah kuyup sekalipun. Moga Allah merahmati usaha murni anda.
Bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun. Kebetulan kawasan aku bertugas jadi aku dapat jumpa adik An ni setiap hari.
Kerja jaga parking kereta di pekan BM, separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini.
Agak pemalu budak ni setelah beberapa bulan baru aku dapat bersembang dengan dia. Menurutnya setiap hari dia akan memberi makan 2 kali iaitu pagi dan petang di lokasi yang berbeza.
Jadi aku tanya lagi kalau cuti atau pergi melancong macamana? Saya tak akan pergi mana-mana atau cuti saya sangat sayang dan rindukan mereka. Tambahnya lagi kalau hari hujan kucing-kucing dan anjing ini akan tetap setia menunggunya walaupun basah kuyup.
Itu sebabnya saya tak sampai hati nak tinggalkan mereka. Allah mulianya hati hang An walaupun imej nampak biasa-biasa tapi hati sapa yang tahu. Siapa yang tinggal area BM pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong-lorong kedai atau bawah jambatan.
Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban hamba Allah ini dalam menjaga kebajikan haiwan-haiwan liar boleh berbuat demikian di akaun 7053804918 CIMB (Anfalazie Bin Anuar).