Kisah Pengkid Tidak Kesampaian, Mana Buktinya?- Rakan Baik Bekas Isteri Da’i Farhan Kesal Difitnah

Hiburan

Kisah Pengkid Tidak Kesampaian, Mana Buktinya?- Rakan Baik Bekas Isteri Da’i Farhan Kesal Difitnah

“Drama” kontroversi  Da’i Nik Farhan dan isteri barunya, Dr Erin nampaknya masih terus hangat diperkatakan. Entah sudah masuk episod ke berapa, kami pun tidak pasti kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan di media sosial seakan pihak berkenaan cuba meraih publisiti.

rakan baik bekas isteri saman da'i farhan

Advertisement

Baru-baru ini Dr. Erin ada memuat naik perkongsian berbaur sindiran ketika sedang bercuti di Korea Selatan. Menurut Dr Erin, dia berhasrat untuk menghasilkan novel cinta luar biasa dengan jalan cerita tentang kisah cinta seorang pengkid yang tidak kesampaian.

da'i farhan

Rata-rata netizen mempercayai kata-kata itu seolah-olah menyindir bekas madunya dan Ches Al Maliki.

Nafi jalin hubungan terlarang

da'i farhan pengkid

Rakan baik kepada bekas isteri pertama Farhan iaitu Nafasarah Maliki atau lebih dikenali sebagai Ches Al Maliki menafikan sekerasnya dakwaan kononnya dia menjalin hubungan terlarang seperti yang didakwa. Ia hanyalah fitnah yang sengaja direka oleh pihak berkenaan kerana mahu menjatuhkan dirinya.

Ya, betul saya nafikan setiap tuduhan terhadap saya itu. Saya tahu sebelum ini pun dia pernah post di media sosial  mengenai perkara ini sehingga followers dia yang maklumkan kepada saya mengenai perkara itu.

Bagi saya, itu suatu fitnah yang sengaja dibuat terhadap saya lebih-lebih lagi saya pelik juga dia delete posting itu. Saya nak komen apa pun saya jadi tak tahu.

Tunjukkan bukti

pengkid

Ches turut bertanyakan bukti apakah yang dimiliki oleh Farhan berhubung dakwaan dirinya menjalin hubungan sonsang.

Saya sendiri tak faham maklumat bagaimana yang dia kononnya cuba nak sampaikan. Serius, saya tak tahu apa bukti yang dia ada yang menunjukkan saya ada hubungan istimewa itu. Saya anggap ia fitnah yang cuba dilemparkan kepada diri saya.

Dalam pada itu, Ches menjelaskan tujuannya terlibat dalam kemelut rumah tangga  itu adalah semata-mata kerana ingin membantu rakan baiknya, Fatin Nurul Ain yang teraniaya. Dia merasa berang dengan tindakan seorang pendakwah yang menggunakan agama untuk menghalalkan perlakuan buruknya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...