Terharu sungguh Abang Nara membaca kisah Catriona Ross bertudung. Paling terharu dengan reaksi suami Catriona Ross yang ternyata bangga dan sangat menghargai apa yang dilakukan oleh Catriona Ross. Semoga Catriona Ross akan kekal bertudung. Nampak sangat-sangat cantik kan bila Catriona Ross bertudung?
Di bawah ialah kata-kata Catriona Ross tentang reaksi suaminya apabila dia bertudung:-
Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung…dia nampak sangat terkejut dan bertanya, ‘bila’, saya kata ‘pagi tadi’…dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya
Untuk makluman, Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai tahun lepas kalau tak silap. Menarik sungguh cerita bagaimana dia bermula memakai tudung. Benarlah kata orang, hidayah itu datang tak kira waktu dan tempat. Untuk Catriona Ross, ianya berlaku ketika menemani teman-temannya membeli tudung.
Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung…mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai. Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama…saya akan memakainya
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Catriona Ross atas penghijrahan ini. Untuk makluman, Catriona Ross ada menjalankan perniagaan pakaian menerusi laman web Facebook.