Kisah Penderaan Dan Pembunuhan Adrian Jones Pada Tahun 2015

Trending

Kisah Penderaan Dan Pembunuhan Adrian Jones Pada Tahun 2015

Dia dikenali ramai orang sebagai budak yang menjadi makanan babi.

Kepada Judy Conway, Adrian Jones ialah cucunya.

Advertisement

Dia selalu beritahu saya akan jadi pemain bola sepak Amerika, dan bila dia tersenyum, satu bilik akan jadi ceria. Dia punya senyuman yang mengagumkan.

Anak perempuan Conway, Dainna Pearce, pernah berkahwin dengan bapa Adrian, Michael Jones. Pada tahun 2012, Jabatan Keluarga dan Kanak-kanak Kansas memerintahkan anak-anak mereka untuk keluar dari rumah ibu kandung mereka setelah Michael dan Dainna bercerai. Ini kerana Dainna sering meninggalkan anak-anaknya tanpa pengawasan di rumah semalaman.

Conway mahu memelihara anak-anak itu. Tetapi kerajaan negeri memberitahunya bahawa bapa mereka mahukan hak penjagaan dan dia telah mendapat hak penjagaan itu.

Pada hari ini, Conway tertanya-tanya, bagaimanakah kehidupan Adrian sekiranya anak-anak Dainna tinggal bersamanya, bukan dengan bapa mereka.

Saya asyik berfikir tentang Adrian sewaktu hendak tidur, dan sebaik saja saya terjaga.

Penemuan yang menakutkan

Pada akhir 2015,  polis menerima laporan dan datang ke sebuah rumah di Kansas City, kerana pergaduhan keluarga.

Sebaik saja polis tiba, seorang wanita yang tinggal di situ memberitahu, sekiranya polis memeriksa dengan teliti di sekitar kawasan rumah itu, mereka akan menemui saki baki mayat seorang budak lelaki.

Pegawai polis menemui saki baki mayat cucu Conway yang berusia tujuh tahun di dalam kandang ternakan. Cucu itu, Adrian, tinggal di rumah tersebut bersama enam adik-beradik dan dua pembunuhnya: bapa kandungnya dan ibu tirinya. Kesemua kanak-kanak itu tinggal terasing di rumah tersebut kononnya bersekolah di rumah (home-schooled).

Baca: Kisah Pembunuhan Adrian Jones, Didera Sehingga Mati Dan Jasad Diberi Makan Kepada Babi Oleh Bapa Dan Ibu Tiri

Semuanya bermain di minda saya buat seketika–saya ingin mereka (pembunuh Adrian) dihukum mati. Tetapi itu takkan mengubah apa-apa. Ia takkan mengembalikan Adrian.

Conway masih ingat dengan jelas panggilan telefon yang dibuat oleh polis kepadanya:

Mereka (detektif) berkata telah menemui mayat Adrian…dan dia telah dijadikan makanan babi.

Pendakwaraya mengatakan kematian Adrian ialah antara kes jenayah paling menjengkelkan. Kisah Adrian menjadi tajuk berita global.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.29.35 PM

Kini pasangan Jones berada di sebalik tirai besi kerana membunuh anak lelaki mereka, tetapi apa yang telah sebenarnya terjadi sehingga saat maut menjemput Adrian masih mejadi misteri.

Bukti penderaan

Jennifer Hoevers, tuan rumah yang disewa pasangan Jones semasa kejadian, ialah antara beberapa individu yang tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Adrian.

Saya tak dapat tidur malam masa dapat tahu mengenai semua itu.

Screen Shot 2017-05-12 at 3.29.54 PM

Tidak lama selepas pasangan Jones ditahan polis, Hoevers mendakwa Heather memberi dia akses ke akaun Apple iCloud wanita itu.

Dia mahu saya simpan beberapa gambar anak-anaknya.

Tuan rumah itu langsung tidak menyangka yang dia akan melihat gambar-gambar bukti apabila dia login ke akaun tersebut.

Sebaik saja dapat akses ke akaun Heather, saya lihat gambar penderaan Adrian.

Dia kemudiannya menyerahkan gambar-gambar bukti itu kepada polis dan kemudian nenek Adrian.

Imej-imej itu tertanam di sudut memori Jennifer dan dalam satu folder komputernya. Ia dilabel, “Rumah Seram”.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.30.30 PM

Gambar: Jennifer Hoevers

Satu klik dengan tetikus menunjukkan yang isi rumah itu sentiasa diperhatikan melalui kamera keselamatan. Di setiap bilik ada kamera. Michael dan Heather memantau setiap pergerakan Adrian.

Pasangan itu turut mengambil gambar tahap kesihatan Adrian yang semakin menurun, mendokumentasikan semuanya seolah-olah berbangga dengan penyeksaan yang dilakukan kepada anak itu.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.30.14 PM

Apa yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk Adrian kini menjadi penjara buatnya. Kata Hoevers:

Saya rasa seolah-olah ‘melebur’ bila saya tahu tentang semua itu.

Penderaan bermula dengan Adrian dipaksa berdiri berjam-jam dengan kedua-dua tangan diangkat ke udara.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.28.19 PM

Beberapa gambar menunjukkan kanak-kanak tujuh tahun itu diikat dan mata ditutup pada peralatan senaman.

Dalam satu video, satu orang dewasa tak dikenali menujah pipi Adrian dengan batang penyapu sehingga tembuk.

Dengan setiap klik pada gambar, sedikit demi sedikit, semangat Adrian semakin pudar. Dari seorang budak lelaki yang sihat dan gembira dia kelihatan murung dan kekurangan zat.

Kamera pemantauan menunjukkan tangan Adrian digari dan dia dipaksa berdiri di luar rumah. Dalam video itu, matanya dilihat memerhati sekeliling seolah-olah tahu dia sedang diperhatikan.

Satu video menunjukkan Adrian cuba menggunakan mulutnya untuk makan dari mangkuk. Waktu itu, ibu tirinya dilihat datang dalam video itu dan berleter pada Adrian. Dia didengar memberitahu salah seorang anak perempuannya yang Adrian telah makan dari mangkuk mengandungi jem epal yang terdapat kotoran dan serangga.

Hari-hari terakhir

Kebanyakan hari terakhir Adrian dihabiskan terkurung dalam bilik mandi dalam keadaan berbogel. Adrian juga dipaksa berendam dalam kolam yang kotor separas leher semalaman.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.31.03 PM

Jennifer memberitahu yang Heather juga memberinya akses kepada akaun Facebook:

Terdapat mesej dari Heather kepada orang yang tak dapat dikenal pasti tentang keinginan untuk merenjat Adrian dengan pistol perenjat elektrik.

Kebanyakan gambar menunjukkan tanda-tanda kecederaan yang misteri pada badan Adrian.

Nampak macam ada banyak kesan renjatan dan bengkak kerana diikat pada peralatan senaman dan digari pada dinding, banyak calar mungkin kerana cuba melarikan diri.

Penanda masa pada video menunjukkan semua penderaan itu berlaku dalam masa sembilan bulan.

Tetapi Heather juga merekodkan penderaan Adrian dalam bentuk penulisan. Dia memuat naik nota-nota penderaan terhadap Adrian sejak tahun 2012.

Pada bulan-bulan terakhir sebelum kematiannya, ibu bapa Adrian berhenti memanggil namanya, dan merujuk kepadanya sebagai, ‘budak lelaki’.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.26.51 PM

Dalam satu mesej Facebook Heather kepada orang tak dikenali dia menulis:

Baru ikat budak itu ke kerusi senaman, gari tangan dan bungkus badannya, letakkan dia di tingkat bawah.

Conway berkata Michael dan Heather tidak membenarkan dia berjumpa cucu-cucunya beberapa bulan sebelum kematian Adrian.

Dia berasa bimbang dan telah menghubungi Jabatan Keluarga dan Kanak-kanak Kansas dua kali. Tetapi disebabkan dia tidak dapat membuktikan penderaan yang berlaku, Conway tidak dipedulikan.

Saya tak dapat katakan penderaan sedang berlaku kerana saya memang tidak tahu sama ada penderaan sedang berlaku.

Sekiranya Conway dapat akses ke akaun iCloud Heather, sudah tentu dia masuk campur untuk menyelamatkan cucunya dari dunia neraka itu.

Tidak lama sebelum kematian Adrian, Conway memberitahu anak itu menjadi sangat lemah dan tidak mampu berdiri lagi dalam bilik  mandi tempat dia dikurung. Conway berkata Michael dan Heather mengikat Adrian ke kerusi dan membiarkan dia mati.

Diseksa oleh ibu bapanya dan terasing di satu sudut dunia, Adrian menghadapi saat kematian seorang diri dalam bilik mandi tersebut.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.29.15 PM

Conway menambah, setelah Adrian mati, mereka membiarkan mayatnya dalam bilik mandi itu selama dua minggu.

Kemudian, mereka keluar dan membeli beberapa ekor babi. Mereka biarkan babi-babi itu lapar selama beberapa hari kemudian campakkan mayatnya dalam kandang babi itu.

Bersama gambar-gambar penderaan Adrian, ialah gambar babi yang meratah mayatnya, dalam akaun iCloud Heather.

Hari Krismas sebelum kematian Adrian masih segar dalam ingatan Conway. Itu kali terakhir pasangan Jones membenarkannya berjumpa Adrian yang meninggal dunia sembilan bulan selepas itu.

Saya sedang bersiap untuk balik ke rumah dan dia tak nak lepaskan kaki saya. Saya melutut di hadapannya dan dia beritahu saya dia sayangkan saya dan mahu ikut saya balik.

Saya beritahu dia saya juga sayangkan dia dan akan sentiasa berada di samping dia, dan akan pastikan keselamatan dia.

Dan kini kata-kata terakhirnya menghantui Conway kerana dia gagal mengotakan janjinya.
Screen Shot 2017-05-12 at 3.32.37 PM

Gambar: Judy Conway

Saya cuma fikir, entah berapa kali dia berkata, “di mana Nana saya dan bila dia akan datang ambil saya?”

Itu paling lukakan hati saya, saat dia tinggalkan dunia ini dengan merasa tiada siapa sayangkannya. Sedangkan dia disayangi.

Screen Shot 2017-05-12 at 3.07.15 PM

Conway masih bertemu Adrian dalam mimipinya, di mana cerita Adrian mempunyai pengakhiran berbeza.

Dalam mimpi saya, saya dapat tahu dia didera dan pergi ke rumah itu. Saya cari selimut dan bungkus badannya dengan selimut itu, angkat dia dan bawa dia keluar. Saat kami tinggalkan rumah itu, dia kata pada saya, “apa yang buat Nana lambat ambil saya?”

Gambar: Heather dan Michael Jones

Kedua-dua Heather dan Michael Jones telah mengaku bersalah atas tuduhan membunuh dengan niat dan sudah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Mereka berdua hanya ada kemungkinan parol dalam masa 25 tahun lagi.-amazingnara.com

Sumber: KHSB

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...