Kisah Penculikan Dan Pembunuhan Canny Ong Pada Tahun 2003-Pt 3

Trending

Kisah Penculikan Dan Pembunuhan Canny Ong Pada Tahun 2003-Pt 3

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4

Ahmad Najib Aris telah dibawa ke balai polis Petaling Jaya untuk disoal siasat. Berita penangkapan suspek utama dalam kes pembunuhan kejam Canny Ong telah mendominasi muka hadapan akhbar-akhbar utama. Bagaimanapun, sekilas pandang, Najib langsung tidak kelihatan seperti seorang pembunuh kejam dan seorang perogol.

Advertisement

Bagi orang ramai, sukar mempercayai yang Najib telah melakukan jenayah kejam itu, kerana dia juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Jiran Najib yang juga seorang peguam, Rozal Azimin mengenali Najib sebagai lelaki yang biasa saja. Katanya:

Dia bukan berperwatakan seperti seorang individu yang akan melakukan jenayah. Jadi saya sangat terkejut.

Dia sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Dia melibatkan diri dalam kegiatan di masjid dan turut membantu dalam majlis-majlis perkahwinan.

vlcsnap-2016-09-25-16h55m01s668Namun bagi ahli kriminologi, Dr. Geshina Ayu Mat Saat–seorang pakar mengenai minda penjenayah, Najib hanya menunjukkan satu sisi yang sering ditemui dalam spesis pembunuh.

Dia tak kelihatan seperti pembunuh! Itulah apa yang sering ramai orang tidak faham: mereka memang tak kelihatan seperti pembunuh. Mereka kelihatan seperti individu yang normal.

Bagi seorang pembunuh yang berperwatakan pendiam dan memiliki kecenderungan psikopatik, mereka boleh mengasingkan aspek-aspek yang berbeza dalam kehidupan mereka.

Pada satu sisi, mereka ialah bapa yang sempurna. Mereka mungkin pekerja terbaik, namun begitu ada satu sisi yang gelap pada personaliti mereka yang tidak diketahui orang lain.

Polis penyiasat kemudiannya mendapati mereka berhadapan dengan seorang individu yang gemar berdolak-dalik. Sejak dari awal proses soal siasat, Najib seolah seperti ingin menguasai keadaan.

vlcsnap-2016-09-25-16h55m15s346
Najib menegaskan yang dia hanya akan bercakap dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Tuan Haji Abu Bakar Mustaffa. Najib juga kelihatan seperti sudah bersedia (untuk disoal siasat) dengan baik. Abu Bakar menganggap yang Najib sudah mengagak yang dia akan ditahan oleh polis.vlcsnap-2016-09-27-18h51m01s092

Biasanya, orang biasa akan kata, “saya tak buat itu, saya tak buat ini.” “Saya tak salah.” “Saya tak terlibat.”. Saya tengok air muka dia tidak terkejut. Biasanya, orang akan menunjukkan ekspresi tertentu. Tapi dia tiada ekspresi.

Ini menguatkan andaian saya yang dia bukanlah orang yang patut dipandang rendah.

Dalam tempoh awal soal siasat, Najib membuktikan yang dia ialah seorang yang licik. Tambah Abu Bakar:

Dia menggunakan satu taktik ‘memusing ke arah polis’. Dia hendak polis beritahu apa yang polis telah tahu, dan dia akan mengesahkan maklumat tersebut.

Bagaimanapun, setelah disoal siasat berjam-jam dan polis berterusan menegaskan yang mereka mempunyai bukti-bukti kukuh mengenai keterlibatannya dalam pembunuhan Canny, Najib semakin akur.

Polis bersemuka dengan Najib mengenai dua kad pengenalan yang diperoleh pada malam Canny diculik. Ia menghubungkan Najib dengan Canny.

Dan lebih penting ialah tentang jaket biru, t-shirt merah, dan sepasang jeans biru milik Najib yang mempunyai kesan darah.

Polis terus-menerus menekan Najib dan dia akhirnya mengalah, seterusnya mengakui bahawa dia telah menculik dan membunuh Canny Ong. Abu Bakar mengimbas:

Bila dia tahu yang dia dah tak boleh berdolak-dalik, dia terima fakta itu. Akhirnya kami dapat keterangan dia.

Namun pengakuan di hadapan pihak polis tidak sepenting pengakuan di hadapan seorang majistret. Jadi pada pagi 21 Jun 2003, polis membawa Najib ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, di mana pengakuannya akan direkodkan dan disaksikan secara formal.

Sejak ditahan, Najib tidak diwakili mana-mana peguam, jadi keluarganya telah mendapatkan khidmat seorang peguam, yang juga merupakan bekas jiran mereka, Rozal Azimin.

vlcsnap-2016-09-27-20h47m02s433Rozal bergegas untuk bercakap dengan Najib.

Saya tanya dia, kamu okay ke? Dia jawab, “ya, saya nak buat satu pengakuan.” Dia kata, “polis dah tahu semuanya. Polis nak saya buat pengakuan di mahkamah. ” Dia beritahu saya begitu.

Jadi saya katakan, “tidak, tidak. Sekarang bukan waktu untuk kamu mengaku apa-apa, atau menafikan apa-apa.

Hanya katakan yang kamu mahukan seorang peguam dan kamu akan meneruskan kes.”

Bagaimanapun, Rozal telah terlambat kerana pengakuan Najib sudah pun direkodkan. Rozal sedar bahawa Najib kini menghadapi masalah yang besar. Jadi Rozal telah mendapatkan bantuan dari seorang peguambela jenayah yang sangat berpengalaman, Hanif Khatri Abdulla. Ujar Hanif Khatri:

Kita sebenarnya tidak tahu apa yang sebenarnya telah terjadi pada waktu itu. Jadi tugas seorang peguambela ialah mendapatkan maklumat dari kliennya mengenai apa kaitan dirinya dengan jenayah tersebut. Kemudiannya, (peguambela) membangkitkan keraguan yang munasabah yang boleh menjadi pembelaan ke atas klien itu.

Tetapi kerana Najib sedang ditahan polis, dia mempunyai akses yang terhad terhadap peguam-peguamnya, dan pada masa yang sama dia telah bersetuju membina semula (rekonstruksi) -peristiwa-peristiwa kejam yang membawa kepada kematian Canny Ong kepada polis. Komen Abu Bakar:

Hanya orang yang meletakkan barang tertentu di sesuatu tempat yang boleh membawa polis ke tempat tersebut, kerana dia yang meletakkannya. Melalui rekonstruksi ini, polis berjaya memperoleh bukti-bukti kukuh. Di tempat-tempat yang dilawati, kami menemui kesan-kesan yang kemudiannya diguna pakai sebagai bukti kukuh untuk pembentangan kes ini (di mahkamah).

Najib pertama sekali membawa polis kepada tempat letak kereta BSC, di mana Canny telah hilang pada 13 Jun 2003. Seorang juruvideo polis telah merakamkan turutan peristiwa yang didemonstrasikan dalam proses rekonstruksi tersebut.

Dalam masa beberapa jam, Najib telah mendedahkan semua maklumat yang terperinci dan mendebarkan mengenai pembunuhan Canny kepada polis. Abu Bakar menambah:

Disebabkan kami dapat menjalankan rekonstruksi secara sukarela dari Najib dan tanpa paksaan, maka polis tidak ragu-ragu lagi bahawa dialah yang bertanggungjawab.

Najib seolah-olah telah meramalkan tentang apa yang bakal berlaku pada malam Canny Ong diculik. Dia memberitahu di tempat letak kereta BSC, dia terserempak dengan Canny sedang membongkok di kereta untuk mencari sesuatu.

vlcsnap-2016-09-27-19h48m41s312

vlcsnap-2016-09-27-19h56m15s707Najib tidak melepaskan peluang dan menolak Canny masuk ke dalam kereta. Kerana terkejut, Canny terus masuk ke dalam kereta.

Dia kemudiannya mengundurkan kereta dengan laju, dan merempuh penghadang-penghadang di parkir tersebut.

Najib menerangkan kepada Superintendan Amidon Anan bagaimana dia memastikan yang Canny tidak akan dapat melepaskan diri.

Lepas dia keluar (dari BSC) dalam perjalanan itu Najib cerita dia mengacukan pisau kepada Canny. “You menjerit, you minta tolong, saya akan bunuh.”

Najib memberitahu dia kemudiannya membawa Canny menaiki kereta itu dalam satu perjalanan yang menakutkan. Dia akhirnya memberhentikan kereta di satu kawasan perindustrian di pinggir Kuala Lumpur.

Pada masa inilah dia dan Canny terserempak polis berpakaian preman Koperal Ravichandran, yang telah mengambil kad pengenalan mereka berdua. Setelah melarikan diri dari Ravichandran, Najib memandu dan memberhentikan kereta di tepi sebuah tapak pembinaan.

Di sini, dia telah merogol Canny Ong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Abu Bakar Mustaffa merasa hairan yang pada masa seperti itu, minda Najib masih menumpukan untuk memuaskan tuntutan seksualnya.

Kalau orang biasa yang tidak mempunyai keinginan seksual yang kuat, disebabkan kad pengenalan sudah dirampas sudah tentu tidak berani. Dia akan melarikan diri dan meninggalkan mangsa. Tapi dia boleh lagi ambil masa membuat pertimbangan untuk merogol.

Pendedahan Najib yang seterusnya bertambah mengejutkan pegawai penyiasat. Setelah merogol Canny, Najib memandu kereta ke kawasan yang lebih sunyi.

Di sini, dia merogol Canny buat kali kedua, dan menikamnya dua kali di bahagian perut dengan pisau. Canny mula mengalami pendarahan yang teruk.

Najib memberitahu pegawai penyiasat yang waktu itu dia mula merasa panik dan membuat keputusan yang dia perlu ‘melupuskan’ wanita yang hampir maut itu.

Jadi dia mengangkat Canny keluar dari tempat duduk belakang kereta yang bertompok darah ke atas satu tembok yang memisahkan jalan raya dengan tapak pembinaan. Najib menyandarkan Canny pada satu dinding konkrit sambil memikirkan apa yang mahu dilakukan seterusnya.

Dia ternampak satu lubang di tapak pembinaan tersebut dan membuat keputusan untuk menggunakan lubang itu bagi menyembunyikan mangsanya.

Dia menggunakan kain untuk mengikat kedua-dua belah tangan Canny, seterusnya menyeret wanita malang itu ke lubang tersebut.

Pada saat itu, Najib memberitahu polis yang dia dan Canny (yang waktu itu berada dalam keadaan tenat) telah terdengar laungan azan Subuh.

vlcsnap-2016-09-27-20h25m23s705

 photo vlcsnap-2016-09-27-20h55m13s737.pngSuperintendan Amidon percaya ia suara terakhir yang didengar oleh Canny.

Ini Najib cerita pada saya sendiri. Canny telah berkata pada Najib, “masjid sudah berbunyi. Abang baliklah sembahyang.

Saya pun mahu sembahyang.”

Najib kemudiannya memperbetulkan tangan Canny dengan meletakkannya di atas dada, sebelum Najib pulang ke rumahnya.

vlcsnap-2016-09-27-20h55m34s272Sewaktu Najib meninggalkan Canny menghadap saat kematian, sahabat baik Canny, Noreen Natasya dan ibunya Pearley pula sedang mencarinya beberapa kilometer dari situ. Noreen memberitahu:

“(Waktu itu) saya berdoa yang dia berada dalam keadaan selamat dan berdoa tuhan akan menyelamatkannya.”

Tidak ada apa-apa perkara lain yang dapat kami lakukan.

Pada suatu saat pagi itu, nafas Canny terhenti. 16 jam kemudian, Najib kembali ke tapak pembinaan membawa setin petrol. Dia menyiram mayat Canny dengan bahan api itu dan menyalakan api. Komen DSP Amidon:

Tujuan dia nak musnahkan bahan bukti. Nak musnahkan saksi. (Tapi) tak termusnah.

amazingnara.com

PS: Bersambung ke Bahagian 4 (akhir)

Sumber: CI Asia: The Murder Investigation of Canny Ong

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...