Kisah Penculikan Dan Pembunuhan Canny Ong Pada Tahun 2003-Pt 2

Trending

Kisah Penculikan Dan Pembunuhan Canny Ong Pada Tahun 2003-Pt 2

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4

Empat hari kemudian, seorang pekerja binaan telah menemui satu mayat yang terbakar hangus di bawah dua tayar dalam satu lubang di sebuah tapak pembinaan. Lubang itu berdekatan dengan lokasi kereta Canny ditemui. Unit Forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) segera dihantar ke lokasi mayat. Pasukan forensik itu diketuai oleh Superintendan Amidon Anan.

Advertisement

Kata beliau:

Saya dapati ada macam bau getah terbakar. Saya pergi intai (lubang itu) dan lihat macam ada rangka manusia.

Sebahagian mayat itu dihempap oleh dua tayar berat yang telah diisi dengan simen. Kulit mayat itu terbakar 90%. Siapa saja yang telah membuang mayat itu di situ, jelasnya mahu identiti mayat tersebut sukar dikenal pasti.

Amidon menambah:

Kedaaan mayat ketika itu, dari paras pinggang ke bawah, hancur. Saya rasa pelik kerana ada ikatan kain pada kedua-dua tangan mangsa.

Sejam kemudian, lokasi penemuan mayat tersebut mula dipenuhi pemberita. Identiti mangsa pada masa itu belum dikenal pasti, bagaimanapun Tuan Haji Abu Bakar Mustaffa memberitahu pihak media bahawa ada kemungkinan mayat tersebut ialah individu yang dilaporkan hilang (Canny), namun penyiasatan masih akan terus dijalankan untuk memastikan identiti sebenar mayat tersebut.

vlcsnap-2016-09-26-07h45m45s610Ia dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan telah dibedah siasat. Laporan mengenai identiti mayat itu bagaimanapun kemudiannya memenuhi dada akhbar-akhbar tempatan, disertakan dengan gambar mayat itu yang mengerikan.

Bagi ibu Canny, Pearley, laporan akhbar telah mengesahkan apa yang paling ditakutinya:

Saya hanya terlihat satu akhbar bahasa cina. Saya lihat mereka membawa (mayat) Canny dan saya dah tahu itu memang Canny. Tapi saya tak beritahu sesiapa. Saya boleh lihat rambutnya.

vlcsnap-2016-09-26-08h00m06s409Untuk memulakan pengecaman mayat secara formal, pihak hospital telah memanggil dua sahabat baik Canny iaitu Noreen Natasha dan adiknya Nurul untuk datang ke bilik mayat. Kata Noreen:

Saya berjalan ke pintu bilik mayat dan pintu itu terbuka sedikit. Terdapat bau yang sangat busuk di bilik itu pada masa itu. Saya tak sampai hati untuk meneruskan langkah. Saya sudah boleh lihat di mana dia (Canny) terbaring.

Kerana trauma, Noreen tidak meneruskan hasrat untuk melihat mayat itu, sebaliknya adiknya Nurul secara sukarela menawarkan diri untuk mengecam mayat tersebut.

vlcsnap-2016-09-26-08h12m23s245
Selepas beberapa minit, Nurul keluar dari bilik mayat dalam keadaan menangis. Menurut Noreen:

Dia kata, “itu memang dia. Memang dia.” Saya tanya bagaimana Nurul tahu, bagaimana Nurul pasti tentang itu? Dia jawab, “seluar jeans yang dia pakai. Seluar jeans itu kepunyaan saya. Dia pinjam dari saya.” Saya terus terasa bahawa semua harapan telah musnah.

Noreen menghubungi Pearley untuk mempersediakan wanita itu kepada kenyataan yang paling menyakitkan. Cerita Pearley:

Dia kata, Auntie Pearley, mereka dah jumpa satu mayat. Tapi kami tak boleh pasti dengan 100% bahawa itu Canny. Dia seolah-olah cuba memberi saya sedikit harapan.

Pearley dan suaminya telah pergi ke PPUM dan mengesahkan mayat tersebut ialah anak perempuan mereka Canny Ong berdasarkan baju dan barang kemas yang dipakainya. Rekod pergigian dan ujian DNA juga membuktikan mayat itu ialah Canny. Hasil siasatan forensik juga mendapati bahawa Canny besar kemungkinan telah dirogol. Menurut Amidon Anan:

Pakar patologi forensik telah dapat mengambil sedikit kesan air mani dari mayat mangsa.

vlcsnap-2016-09-26-08h15m30s998

vlcsnap-2016-09-26-08h19m28s293Bagi pihak polis, sudah jelas bahawa mereka berhadapan dengan seorang pembunuh dan perogol kejam dan penjenayah ini masih bebas di sekitar Kuala Lumpur. Menurut Abu Bakar pula:

Ini ialah satu kes yang unik kerana ia melibatkan seorang yang pada mulanya saya anggap sebagai seorang pakar dalam pembunuhan. Cara-cara dia cuba ‘melenyapkan’ mangsa begitu pintar dan lancar.

Polis memulakan gerakan untuk memburu pembunuh Canny Ong. Bukti-bukti lain telah dikumpulkan di lokasi mayat Canny ditemui, bagi memperjelaskan identiti sebenar pembunuh itu. Setakat itu, tiada saksi muncul untuk memberi maklumat.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, terdapat satu perkembangan baru dalam penyiasatan kes Canny. Seorang anggota polis, Koperal Ravichandran, memberitahu dia mempunyai maklumat penting berkenaan kes tersebut.

Ceritanya luar biasa. Pada malam kehilangan Canny, Ravichandran sedang bertugas dengan pakaian preman di satu kawasan dengan kadar jenayah yang tinggi di Kuala Lumpur.

vlcsnap-2016-09-26-08h41m24s490

Malam itu saya buat rondaan di kawasan perindustrian. Sebelum kami masuk ke kawasan perindustrian itu kami nampak sebuah kereta sedang diletakkan di tepi jalan. Terdapat seorang pemandu dan penumpang di dalamnya.

Curiga, Ravichandran membuat keputusan untuk menyiasat.

Saya ketuk pintu, tingkap kemudian diturunkan separuh. Dalam kereta saya nampak satu lelaki Melayu dan satu perempuan Cina. Saya tanya pada pemandu kereta, “encik buat apa?” Jadi dia beritahu, “tiada apa-apa, encik. Ini teman wanita saya. Kami ada sedikit masalah. Kami berbincang tentang masalah keluarga.”

Ravichandran tidak yakin dengan jawapan lelaki tersebut dan meminta kad pengenalan kedua-dua mereka. Dari sini, Ravichandran mengenal pasti lelaki itu sebagai Ahmad Najib bin Aris manakala wanita itu bernama Ong Lay Kian.

vlcsnap-2016-09-26-14h10m42s102vlcsnap-2016-09-26-14h11m28s716Ravichandran terus menyoal pemandu itu, dan menyedari wanita di sebelah Najib terus menerus membuat satu isyarat dengan tangannya. Pada Ravichandran, wanita itu seolah membuat tanda yang dia berada dalam kecemasan.

Dia mencantumkan kedua telapak tangannya seperti orang merayu dan meminta tolong. Bila Najib toleh kepadanya, dia diam.

Jadi bila suspek bersikap begitu, Ravichandran meminta Ong Lay Kian untuk keluar dari kereta. Ia menimbulkan kemarahan Najib yang menegah Canny dari keluar. Najib meninggikan suara:

Ini bukan polis. Ini perompak!

Situasi menjadi lebih tegang. Ravichandran menambah:

Najib kali ini mula menutup tingkap kereta dan saya tahu dia hendak melarikan diri. Saya menggunakan pistol dan melepaskan dua das tembakan pada tayar hadapan kereta yang dipanju Najib. Ia mengena, tetapi Najib tetap memecut kenderaan itu. Saya hidupkan enjin motosikal dan mengejarnya. Tetapi Najib memecut dengan laju dan macam orang gila. Macam orang takut. Saya tidak dapat mengejarnya.

Kereta Proton itu lenyap dari pandangan Ravichandran, namun dia masih memiliki kedua-dua kad pengenalan Najib dan Canny. Bagi pihak polis penyiasat, dua kad pengenalan dalam simpanan Ravichandran ialah satu kejayaan yang kritikal.

Hanya dalam masa tiga hari, pihak polis telah memperolehi nama suspek, yang berkemungkinan merupakan individu terakhir dilihat bersama Canny Ong, pada malam dia diculik dan dibunuh kejam.

Sementara itu, rakyat Malaysia menunjukkan simpati yang mendalam terhadap keluarga Canny akan nasib yang telah menimpa anak perempuan sulung mereka. Upacara pengebumian dilaksanakan di gereja Xavier, Petaling Jaya. Suami Canny, Brendan Ong, telah terbang dari California ke Malaysia dalam keadaan teramat sedih.

vlcsnap-2016-09-26-14h25m28s246vlcsnap-2016-09-26-14h28m05s297 Cerita Noreen Natasya:

Dia asyik memegang keranda Canny. Ada kalanya dia melutut dan kemudian dia menangis teresak-esak memanggil nama Canny. Kami terpaksa tenangkan dia. Kami peluk dan pujuk dia.

Ratusan rakyat Malaysia hadir ke pengebumian Canny dan menangis bersama keluarga Canny. Cerita Pearley:

Sebenarnya, orang awam sangat memberi sokongan kepada kami. Ramai tulis surat pada saya, mereka ingin berbual dengan saya tapi waktu itu saya tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Saya cuma ingin bersendiri.

vlcsnap-2016-09-26-14h28m26s173vlcsnap-2016-09-26-14h30m27s724Gambar-gambar keluarga itu yang sedang bersedih mempunyai impak yang besar kepada masyarakat Malaysia. Tetapi hanya dalam masa beberapa hari, pihak media mula melaporkan teori konspirasi atau khabar angin mengenai Canny dan pembunuhnya. Antaranya ialah teori bahawa Canny sememangnya mengenali pembunuhnya. Spekulasi itu sangat menyakitkan hati Pearley:

Orang semua bercakap perkara karut. Kononnya dia balik ke Malaysia untuk keluar dengan teman lelakinya. Sedangkan dia balik untuk menjaga bapanya. Mana dia ada masa nak jumpa teman lelaki? Mereka kata pembunuhnya juga kenal dia. Apa yang diperkatakan orang semuanya tak masuk akal.

Kini pihak polis memperhebatkan gerakan untuk memburu lelaki yang dilihat kali terakhir bersama Canny Ong. Bagi pihak polis, adalah sangat penting untuk Ahmad Najib Aris tidak tahu bahawa pihak polis sedang memasang perangkap untuknya. Cerita Abu Bakar Mustaffa:

Sehingga orang ini dapat dikesan, saya tidak mahu mendedahkan bahawa kami sedang berusaha (mengesannya). Sebarang silap langkah atau silap cakap akan menunjukkan yang kami sedang menumpu pada satu sasaran. Dan sasaran yang kami tumpukan ini ialah sasaran yang liar. Dia akan hilang sekelip mata jika dia tahu rancangan kami. Dia boleh ‘bau’.

Cerita Abu Bakar lagi, usaha untuk mencari suspek gagal pada mulanya.

Kerana dia memberi alamat yang tidak betul. Ini orang yang merbahaya. Dia boleh mengelakkan diri dari dikesan oleh polis.

Hasil siasatan polis mendapati Najib telah sekian lama menggunakan pelbagai alamat palsu sewaktu mendaftar di pelbagai agensi kerajaan. Dia juga didapati memalsukan maklumat pekerjaannya. Tetapi polis mempunyai cara lain untuk memburu lelaki yang identitinya tercatat di kad pengenalan tersebut.`

Polis menyemak namanya dalam daftar keselamatan sosial pekerja (KWSP) dan dalam daftar perkahwinan. Pencarian itu membuahkan hasil. Nama Ahmad Najib Aris didaftarkan sudah berkahwin dan dia bekerja sebagai pencuci kabin pesawat.

vlcsnap-2016-09-26-21h03m43s835Polis kemudiannya mengesan tempat kerja isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah cawangan bank tempatan. Selama dua hari, satu pasukan perisik telah mengekori isteri Najib pulang ke rumah menaiki bas awam. Polis berharap isteri Najib akan membawa polis kepadanya. Tambah Abu Bakar:

Ini ialah satu tempoh yang kritikal. Sedikit kesilapan akan menyebabkan polis kehilangan peluang untuk menangkap Najib.

Polis meneruskan pemerhatian terhadap rumah yang dianggap sebagai rumah Najib. Selama tiga hari yang mencemaskan, kelibat Ahmad Najib Aris langsung tidak kelihatan.

Kemudian pada kira-kira pukul 4.00 pagi, 20 Jun 2003, pihak polis mendapati Najib keluar dari sebuah teksi dan berjalan menuju ke rumahnya. Mereka terus menahan Najib kerana disyaki membunuh Canny Ong. –amazingnara.com

P/S; Bersambung ke Bahagian 3.

Sumber: CI Asia: The Murder Investigation of Canny Ong

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...